web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesyuarat Khas SPR Bagi Urusan PRK DUN Jepak Pada 25 Sept

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 2:06PM

Kerusi DUN Jepak kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak pada Isnin depan (25 Sept).

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan luar jangka kerusi N67 Jepak.

Selaras dengan Artikel 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak, ia memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi berkenaan, katanya.

Ikmalrudin berkata mesyuarat khas itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang akan digunakan.

Kekosongan kerusi DUN Jepak itu berlaku ekoran kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 5.50 petang ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 Sept lepas.

Allahyarham ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Pada 2009, beliau dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak dan pernah menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran