web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Sarawak Perangi Gejala Dadah Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 8:14AM

Ketua Pegawai Eksekutif ISSUP Global Joanna Travis-Roberts menyampaikan Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam satu program, semalam. - gambar UKAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Usaha Sarawak dalam memerangi penyalahgunaan dadah telah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah daripada International Society of Substance Use Professionals (ISSUP Global).

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ISSUP Global Joanna Travis-Roberts kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah, yang mewakili kerajaan negeri, semasa pembukaan Simposium Pemulihan Antarabangsa (IRS) 2023 di sini hari ini.

Ia bagi mengiktiraf pendekatan bersepadu, komprehensif, seimbang, terselaras dan berasaskan bukti terhadap aktiviti pengurangan permintaan dadah yang dirintis oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Fatimah, berkata usaha memerangi penyalahgunaan dadah di Bumi Kenyalang telah dipergiat pada 2019 dengan penubuhan Jawatankuasa Sehenti (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah dan Bahan Terlarang sebelum kerajaan negeri mewartakannya sebagai isu keselamatan pada Julai 2020.

“Cara paling berkesan dalam mengatasi isu dadah melibatkan pendekatan komprehensif, seimbang dan terselaras yang menangani kawalan bekalan dan pengurangan permintaan beserta penerapan prinsip tanggungjawab dan tindakan bersama yang bersesuaian,” katanya.

Abang Johari berkata Sarawak bimbang dengan peningkatan masalah penyalahgunaan dadah di peringkat global susulan perubahan pesat dari segi sosial dan ekonomi selain ketersediaan serta promosi dadah dan permintaan terhadapnya.

"Terdapat peningkatan ketara dalam masalah penyalahgunaan dadah di peringkat global yang menyebabkan orang ramai terutama generasi muda lebih terdedah dan mungkin terlibat," katanya.

Beliau berkata Malaysia juga tidak terlepas daripada terkena tempias ini apabila Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022 mendedahkan bahawa 60,000 rakyat negara ini berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun menggunakan dadah manakala sejumlah 106,000 orang cuba berbuat demikian sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.

Agensi Antidadah Kebangsaan pula mendaftarkan sejumlah 137,176 penagih antara Januari hingga April tahun ini.

Premier Sarawak itu berharap pertukaran ilmu di IRS 2023 akan memacu transformasi dasar, intervensi dan komuniti ke arah membina masa depan dengan isu ketagihan lebih difahami manakala rawatan dan pemulihan dapat diakses oleh semua pihak.

Kira-Kira 900 peserta dari 23 negara mengambil bahagian dalam simposium empat hari yang bermula hari ini dan menampilkan 19 penceramah dan pembimbing yang akan membincangkan pelbagai topik berkaitan pencegahan, rawatan serta pemulihan dalam mengurangkan permintaan terhadap dadah. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad