web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


HGHV Sektor Pertanian Jamin Keterjaminan Makanan Negara, Realisasi Matlamat RMK12

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2023 8:07AM

Program pertanian moden, pertanian rendah karbon dan penglibatan golongan muda antara yang akan dilaksanakan melalui HGHV. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif pertumbuhan dan nilai tinggi (HGHV) bagi sektor industri pertanian menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) adalah antara usaha kerajaan dalam menangani isu keterjaminan makanan negara.

Pengarah Bahagian Pertanian Kementerian Ekonomi Datin Zaeidah Mohamed Esa berkata beberapa program akan dilaksanakan di bawah HGHV itu, seperti pertanian moden, pertanian rendah karbon dan meningkatkan penglibatan golongan muda termasuk Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

“Sasaran kita adalah untuk membuka 2,000 ekar (809.3 hektar) kawasan tanaman baharu menggunakan tanah terbiar untuk tingkatkan produktiviti pertanian dan pendapatan golongan terlibat. Kita juga mahu menceburi pertanian rendah karbon agar ia menjadi asas dan hala tuju pada RMK13 kelak.

“Setakat ini, menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN, sebanyak 12 projek termasuk 800 ekar (323.7 hektar) tanah telah diluluskan dalam tempoh enam bulan sejak ia dilaksanakan pada Febuari lepas,” katanya dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.

Beliau berkata menerusi projek itu, antara yang akan diberi fokus adalah tanaman yang mampu dihasilkan di negara ini, namun masih bergantung pada import.

Berdasarkan data, Zaeidah berkata untuk 2022, hanya 23 daripada 53 item makanan yang dikeluarkan negara sudah mencapai kadar 100 peratus dengan kadar pengeluarannya memenuhi permintaan dalam negara.

“Kebergantungan import kita masih tinggi, nilai import untuk tahun 2021 adalah RM63.6 billion dan angka ini meningkat kepada RM75.6 billon pada 2022. Ini menunjukkan permintaan semakin tinggi dan trend pemakanan telah berubah.

“Apabila perkara ini tidak ditangani maka keterjaminan negara tergugat. Maka, apa yang kita ingin capai untuk KSP RMK12 menerusi HGHV ini adalah untuk tingkatkan ketersediaan, kebolehcapaian, penggunaan makanan dan kemampanan sektor industri pertanian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ekosistem Pertanian Digital and Teknologi Dron, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Navin Sinnathamby berkata negara kini berada pada kedudukan yang terbaik untuk mengadaptasikan pertanian moden.

Katanya, bagi tahun ini setakat Disember, sebanyak 69 projek ke arah pertanian pintar berasaskan digital melibatkan 500 usahawan tani, akan dilaksanakan dengan mengadaptasikan automasi, mekanisasi dan digital.

“Teknologi digital ini adalah penarik kepada golongan muda, pertanian negara kini dalam peralihan daripada 3D (berbahaya, sukar dan kotor) ke 1D iaitu digitalisasi. Ini juga akan menjadi faktor pemangkin dalam meningkatkan penglibatan golongan belia, wanita dan pesara,” katanya.

Pada 11 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan KSP RMK12 di Parlimen bertemakan “Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”.

KSP RMK12 itu turut menggariskan HGHV bagi sektor Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengukuhkan kemandirian dan keterjaminan makanan serta meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad