web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lawat 195 Negara, Pemandu Pelancong Diiktiraf MBOR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2023 3:16PM

Lee Sei Loong dengan sijil pengiktirafan yang diterimanya daripada MBOR. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Minat mengembara sejak kecil ternyata berbaloi apabila diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai pemandu pelancong pertama dari Malaysia yang telah melancong ke 195 negara di dunia pada Januari lepas.

Lee Sei Loong, 47, yang menjadi pemandu pelancong sejak 1996 telah melawat semua negara berkenaan melalui perkhidmatannya dengan pelbagai agensi pelancongan.

Antara negara pernah dilawati ialah Afghanistan, Uganda, Haiti, Arab Saudi, Iraq, China, Afrika Selatan, Namibia, Nigeria, Afghanistan, Tuvalu, Bhutan, Senegal, Korea Utara, Vietnam, Filipina, Indonesia, Somalia dan banyak lagi selain pernah menjejak kaki di Kutub Utara.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata peingiktirafan berkenaan merupakan sejarah yang cukup membanggakan buat dirinya dan akan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik dalam kerjaya.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja menyuntik semangat saya untuk terus berani mencuba sesuatu perkara baharu, tetapi turut menjadi bukti penting dalam karier saya,’’ katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Menceritakan perjalanan kerjayanya, pengasas Global World Tour & Travel Sdn Bhd itu berkata  sebagai pemandu pelancong, beliau perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai industri pelancongan.

“Tugas pemandu pelancong adalah menemani pelanggannya sama ada individu atau berkumpulan ketika mereka melancong atau melawat tempat tarikan pelancongan.

“Biasanya, saya akan bertindak dalam menguruskan visa pelancong, menyampaikan maklumat, komentari, menjawab sebarang persoalan selain memastikan jadual perjalanan mereka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik,” katanya.

Meskipun puas dengan apa yang dilakukan, Lee bagaimanapun tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang menceburi kerjaya berkenaan.

Antaranya perlu berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan, birokrasi imigresen serta perbezaan makanan di setiap negara yang dilawati selain kenaikan kos tambang penerbangan yang boleh memberi kesan kepada harga pakej.

“Namun, cabaran itu boleh dianggap kecil kerana lebih banyak perkara menyeronokkan terjadi antaranya apabila mendapat kepercayaan tinggi daripada pelanggan sama berulang kali,” katanya yang berpengalaman hampir 30 tahun dalam industri pelancongan.

Biarpun senang mengembara ke negara orang, anak kelahiran Seri Kembangan, Selangor ini bagaimanapun tetap berbangga dilahirkan di Malaysia, bak kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.

“Keunikan Malaysia tidak akan dapat diperoleh atau didapati di mana-mana negara lain di dunia ini dan sekiranya ada sekalipun, suasananya pasti amat berbeza dengan negara kita,” katanya yang bercadang membukukan pengalamannya sebagai pemandu pelancong, dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad