MACHANG - Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam di Kampung Hutan Kuin, di sini.
Bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim, 38, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isteri mangsa kira-kira jam 6 petang.
“Ketika mendapat panggilan tersebut (daripada isteri mangsa), saya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.
“Saya terus ke Hospital Machang, namun dimaklumkan mayat anak saudara saya masih berada di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Zuki berkata kali terakhir beliau bertemu anak saudaranya yang berusia 37 tahun itu kira-kira sebulan lalu.
“Saya dimaklumkan anak saudara yang tinggal di Pasir Puteh datang ke Machang untuk membeli alat ganti kenderaan untuk bengkelnya,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. - BERNAMA

