web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Malaysia 2023 Pentas Promosi Busana Etnik Sabah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 8:24AM

Busana pelbagai etnik di Sabah turut dipromosikan pada sambutan Hari Malaysia 2023, malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sambutan Hari Malaysia 2023 menjadi ‘pentas’ kepada Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) mempromosikan busana pelbagai etnik di Sabah kepada khalayak.

Pengerusi KDCA Sarawak Gundohing James Samid berkata seramai 150 ahli persatuan itu yang hadir pada sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan di sini malam tadi menggayakan busana tradisi suku kaum di negeri itu seperti Bisaya, Iranun dan Kadazan Dusun.

“Kami mahu promosikan kewujudan etnik Sabah dengan menonjolkan pakaian tradisional kami sekali gus memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai keunikan etnik di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Gundohing, yang berasal dari Kota Belud, berkata kira-kira 500 rakyat Negeri Di Bawah Bayu yang menetap di Sarawak telah berdaftar sebagai ahli KDCA.

“Menerusi perayaan seperti ini, diharap dapat menarik lebih ramai rakyat Sabah yang tinggal di Sarawak kerana bekerja atau melanjutkan pelajaran supaya mendaftar agar KDCA dapat bergerak dengan lebih maju,” katanya.

Segak memperagakan pakaian masyarakat Iranun, ahli KDCA iaitu Nurezaidatuliman Jamiran, 20, berkata ramai yang tidak mengetahui kewujudan suku kaum itu.

Anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu, yang kini melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, berkata beliau akan mengenakan busana tradisional suku kaum Iranun setiap kali terdapat sebarang acara atau sambutan di kampus.

“Saya bangga dapat memakai pakaian tradisi etnik saya sendiri dan berharap ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai terutama penduduk Semenanjung yang kurang pendedahan tentang etnik di Sabah dan Sarawak.

“Harapan saya lebih ramai anak muda sertai majlis seperti ini dan lebih banyak program seumpama ini diadakan. Sempena Hari Malaysia, mari kita sama-sama hindari sikap perkauman,” katanya.

Seorang lagi ahli KDCA, Saiful Ihsan Nasir, 20, dari Tenom, yang berpakaian tradisi Kadazan Dusun, pula berharap lebih ramai orang di Semenanjung dapat mengenali budaya pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad