web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keluhan Rakyat Kepada Agong, Permaisuri Semasa Kembara Kenali Borneo Akan Diteliti Sebaiknya - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2023 8:08AM

Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanyikan lagu Negaraku pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan malam tadi. - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Semua keluhan rakyat yang disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu Kembara Kenali Borneo akan diteliti serta diselesaikan dengan sebaiknya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi jaminan tersebut, berkata Al-Sultan Abdullah masih sangat terkesan dengan pengalaman dilalui baginda dalam kembara yang berlangsung selama 11 hari itu.

“Pada Khamis lepas, saya menghadap Yang di-Pertuan Agong dan baginda masih sangat terkesan bicara dengan penuh perasaan bergelinang air mata kerana terpegun terkesan dengan kasih sayang rakyat tunjukkan kepada baginda berdua,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini malam ini.

Rombongan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memulakan perjalanan kembara itu di Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas sebelum mengakhiri penjelajahan selama 11 hari di Telok Melano di selatan Sarawak pada 13 Sept.

“Seluruh negara, bukan sahaja Sabah dan Sarawak, dikejutkan dengan sambutan hangat serta tunjuk rasa kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong (sepanjang kembara itu),” katanya.

Anwar juga berkata Sarawak berjaya melangkah jauh daripada imejnya sewaktu Malaysia ditubuhkan 60 tahun dahulu untuk menjadi negeri paling ke depan di negara ini dan berpotensi menjadi lebih maju lagi.

“Hari ini Sarawak bukan Sarawak pada 1963. Hari ini Sarawak mempunyai potensi menjadi rantau atau hab tapak pembangunan industri hijau, hidrogen dan beberapa aspek hiliran yang paling hebat di rantau ASEAN ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata kesungguhan yang ditunjukkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memajukan negeri itu menerusi beberapa inisiatif baharu menyebabkan beliau telah diminta memberi pandangan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri petang tadi di Wisma Bapa Malaysia di sini.

“Sebelum mesyuarat Jemaah Menteri tadi, bayangkan kalau dulu kita datang bagi kuliah kepada pemimpin Sarawak, hari ini saya minta Abang Johari beri pandangan dan kuliah kepada Menteri Persekutuan.

“Saya sebut ini tanpa bermaksud untuk memberi pujian berlebihan kepada sahabat saya Abang Johari tetapi kenyataannya, belum pernah ada mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan di mana pemimpin negeri diminta memberi pandangan tentang kemajuan bidang baharu diterokai dengan jayanya berdasarkan pelaksanaan di Sarawak,” katanya.

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) yang memberi dukungan kuat untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata hanya menerusi kerjasama utuh dalam kalangan komponen Kerajaan Perpaduan ini yang mampu membentuk satu keadaan politik yang stabil dan seterusnya menyatupadukan rakyat bagi mengangkat semula ekonomi negara.

“Kita ada keupayaan itu. Kita pernah cuba mencapai mercu yang lebih baik, kemudian kita merudum, jatuh. Sekarang dengan semangat perpaduan ini, dengan keadaan politik yang stabil ini, kerajaan dapat memanfaatkan seluruh kekuatan untuk membela nasib rakyat Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri berkata kesan daripada kerjasama ini juga membolehkan Kerajaan Perpaduan menumpukan strategi pembangunan di Sabah dan Sarawak khususnya dalam mempersiap kedua-dua wilayah itu susulan perancangan Indonesia untuk memindahkan ibu negaranya ke Nusantara di Kalimantan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad