web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Talib Pemimpin Berintegriti Tinggi, Sentiasa Perangi Rasuah - Abang Johari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 8:42AM

Allahyarham Talib Zulpilip - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip sebagai pemimpin yang berintegriti tinggi dan sentiasa memerangi rasuah. 

Beliau berkata berikutan prestasi cemerlang itu, Talib diberi tanggungjawab sebagai menteri pertama yang mengetuai Kementerian di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak pada 2017. 

“Ya, beliau diingati kerana memerangi rasuah di Sarawak dan kerana integritinya yang tinggi, saya memberi tugas kepada beliau untuk mengetuai sistem ombudsman di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah di Kompleks Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini malam tadi.

Abang Johari berkata selepas mempertahan kerusi Jepak pada Pilihan Raya Negeri lepas, Allahyarham banyak menyumbang idea kepada pembangunan di Jepak Jaya yang terletak di bahagian Bintulu menerusi Lembaga Kemajuan Bintulu.

“Beliau menjadi penasihat untuk kerajaan negeri bagi melihat pembangunan di kawasan berkenaan…saya mewakili pihak kerajaan dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengucapkan takziah atas pemergian beliau,” katanya. 

Jenazah Talib, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada 10.30 malam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba dari Pusat Perubatan Normah pada 7.55 malam untuk dimandi serta disolatkan di Kompleks Pusara Islam Samariang.

Turut hadir Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. 

Menurut Setiausaha Sulit Allahyarham, Ayu Sulaiman, Talib meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah pada 5.50 petang tadi akibat beberapa komplikasi seperti buah pinggang, hati, jantung dan kencing manis. 

Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Dr Zaliha Abdullah, dan empat anak serta empat cucu. 

Talib merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak serta Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad