web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Pinang Rekod 5,335 Kes HFMD Setakat ME 36/2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 5:05PM

Daerah Timur Laut mencatatkan kes tertinggi dengan 1,507 kes HFMD. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept, iaitu penurunan 15 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi berkata berdasarkan statistik, majoriti kes HFMD di Pulau Pinang adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah iaitu sebanyak 4,298 kes atau 80.6 peratus.

"Bagi tempoh sama pada tahun lepas, sebanyak 6,267 kes HFMD direkodkan di Pulau Pinang, namun pada tahun ini ia menurun hingga 15 peratus dan hasil analisis setakat ME 36/2023 mendapati 95.7 peratus kes itu berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dengan majoriti kluster HFMD berlaku di institusi pendidikan serta pusat jagaan.

"Setakat ini, tiada kes HFMD di negeri ini yang dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital dan tiada kes kematian membabitkan penyakit berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Gooi berkata pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan taska merupakan tempat berisiko berlakunya kluster HFMD dan pada tahun ini, sejumlah 61.2 peratus daripada bilangan kluster yang direkodkan melibatkan kes yang kecil iaitu dua hingga empat kes.

"Berdasarkan statistik, bilangan kluster mengikut lokaliti ialah 50 tadika, taska (33), tabika (11), prasekolah (11) dan 12 sekolah rendah serta empat premis membabitkan pusat jagaan dan rumah persendirian," katanya.

Beliau berkata langkah kawalan dan pencegahan telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan dan akan terus menjalankan pemantauan untuk mencegah daripada penularan kes HFMD di negeri ini.

Katanya, laporan HFMD menunjukkan daerah Timur Laut merekodkan kes tertinggi iaitu 1,507 diikuti Barat Daya sebanyak 1,214 kes, Seberang Perai Tengah (1,062 kes), Seberang Perai Utara (800 kes) dan Seberang Perai Selatan mencatatkan 752 kes.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko dijangkiti seperti basuh tangan dengan sabun dan mengekalkan kebersihan di rumah.

Gooi turut menyarankan ibu bapa untuk membawa anak-anak ke klinik atau hospital terdekat jika terdapat tanda-tanda atau gejala jangkitan dan mereka juga dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak yang bergejala ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar dan pusat beli-belah. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 25 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad