web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Medevac: Bomba Terbangkan Bayi Orang Asli Ke Hospital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 1:13PM

Bayi perempuan Orang Asli dari Kampung Tendrik, Pos Bihai itu mengalami cirit-birit selama tiga hari sebelum diterbangkan ke Hospital Gua Musang, Selasa lepas. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang bayi perempuan Orang Asli dari Kampung Tendrik, Pos Bihai yang mengalami cirit-birit selama tiga hari, bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, Selasa lepas.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata operasi selama tiga jam itu menggunakan helikopter jenis Agusta Westland AW139 membawa Sasha Umaira Empot berusia setahun yang mengalami muntah-muntah, kembung perut dan panas badan, bersama ibunya Noriah Amat, 25.

“Operasi dilaksanakan bermula pukul 10.15 pagi dari Pahang ke Pos Bihai … dan tiba di Kampung Tendrik pada 11.53 pagi.

“Pesakit didapati letih dan lesu kerana tidak berselera makan selama dua hari. Pemindahan memakan masa selama enam minit dan pesawat meninggalkan kampung itu pada 11.59 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Muhammad Akmaluddin berkata anak kapal tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 12.14 tengah hari dan seterusnya menyerahkan pesakit kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang sedia menunggu di balai itu untuk membawa pesakit ke hospital.

Katanya, operasi penerbangan dilaksanakan lima anak kapal berlepas dari BBP Gua Musang pada 12.17  tengah hari dan berakhir pada 1.15 tengah hari setelah kesemua anak kapal selamat tiba di Pulau Pinang. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad