web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proses Undi Perwakilan Parlimen Belia Akan Dirombak Tahun Hadapan – Johari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 12:40PM

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berucap pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Parlimen Malaysia di bangunan Parlimen hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses pengundian ahli-ahli perwakilan Parlimen Belia akan dirombak secara besar-besaran tahun hadapan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Beliau berkata ia berikutan keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang bersetuju untuk menyerahkan program itu kepada pihak Parlimen untuk diuruskan.

“Parlimen Belia akan dijadikan program inkubator untuk melahirkan barisan kepimpinan generasi muda yang berketerampilan.

“Kita ingin melihat anak-anak muda yang berkebolehan, berketerampilan, berpendidikan dan mempunyai wawasan untuk sama-sama menyumbang dalam Parlimen Belia. Kita berharap Parlimen Belia akan menjadi satu lonjakan untuk belia insya-Allah menjadi Ahli Parlimen pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama-sama Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia 2023 di sini hari ini.

Dalam masa sama, menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept, Johari turut menggesa semua pihak untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam meningkatkan daya saing negara dengan mengetepikan individualisme dan bersama-sama menjiwai semangat kenegaraan.

“Dalam memaknai Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia wajar ditekuni melalui lima prinsip Rukun Negara dan cita-cita yang terkandung dalam tekad itu.

“Sesungguhnya, semangat kenegaraan yang terlahir daripada kesatuan dan kesepaduan rakyat akan membina negara bangsa yang ampuh serta melonjakkan kemampuan daya saing Malaysia di arena global,” katanya.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak, Sabtu ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad