web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kestabilan Politik Tak Berbangkit Di Malaysia, Sekarang Masa Sesuai Untuk Melabur - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 8:45AM

Perdana Menteri pada sesi dialog Fireside Conversation di Singapura, semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kestabilan politik tidak berbangkit di Malaysia dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk melabur di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesej berkenaan disampaikan dengan jelas kepada lebih 400 tetamu, yang majoritinya adalah pelabur pada sesi dialog Fireside Conversation anjuran badan pemikir, Milken Institute di Singapura, semalam.

Menurut beliau, institut terbabit turut menganjurkan Sidang Kemuncak Asia 2023 di republik berkenaan.

“Sekarang adalah masa yang sesuai untuk melabur di Malaysia yang dibuktikan dengan petunjuk-petunjuk ekonomi dan dasar-dasar jangka panjang yang telah saya luncurkan. 

“Ini termasuklah melalui Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” katanya.

Perdana Menteri (tengah) diiringi Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kiri) dan Zambry Abd Kadir (tiga, kanan) - gambar Facebook
Perdana Menteri (tengah) diiringi Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kiri) dan Zambry Abd Kadir (tiga, kanan) - gambar Facebook

Perdana Menteri terdahulu berada di Singapura bagi mengikuti lawatan sehari dan turut menyertai dua sesi khas iaitu A Conversation with the Prime Minister of Malaysia dan Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors.

Anwar memberitahu, beliau turut ditanya mengenai kebijakan dan pengarahan baharu Kerajaan Perpaduan dalam soal memacu pertumbuhan ekonomi negara, bagi tempoh jangka panjang.

“Seterusnya, saya mengambil kesempatan melalui sesi berasingan untuk berbicara lanjut dengan 22 usahawan, ketua organisasi pelaburan dan perbankan di Asia. 

“Saya turut diapit oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir,” katanya.

Perdana Menteri beramah mesra dengan antara peserta sesi dialog Fireside Conversation - gambar Facebook
Perdana Menteri beramah mesra dengan antara peserta sesi dialog Fireside Conversation - gambar Facebook

Jelas Perdana Menteri, beliau turut memberi pemahaman kepada mereka, khususnya dalam perkara terkait dengan dasar fiskal negara.

“Saya turut menjelaskan makna kelestarian dari perspektif Malaysia MADANI yang mencakupi pelbagai sudut.

“Mereka juga mendapatkan pandangan saya berkaitan isu dan arah tuju ASEAN, terutamanya dalam bidang integrasi ekonomi dan teknologi. Malaysia juga memberi fokus kepada melengkapi serta memberi nilai tambah pertumbuhan ekonomi dan sosial bersama negara-negara jiran,” katanya. - Getaran, 14 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad