web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lahirkan Bakat Profesional Melalui Modul Eksekutif Halal Antarabangsa Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 7:53AM

Mohd Na’im ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Badan Pensijilan Halal Kali ke-13. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang membangunkan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa yang baharu, bagi melahirkan lebih ramai bakat profesional dalam bidang halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya yakin dengan pembaharuan modul tersebut, negara akan dapat mengeksport lebih ramai ke luar negara untuk membantu menambah baik industri halal di peringkat antarabangsa.

“Ini merupakan satu pengiktirafan kepada negara, kerana modul yang dibangunkan itu sudah tentu akan memberikan kebaikan kepada bakat baharu dalam negara mahupun di luar negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam sempena Konvensyen Badan Pensijilan Halal Kali ke-13, di sini malam ini.

Konvensyen Badan Pensijilan Halal yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, mengumpulkan peserta daripada 84 buah negara, dengan pihak Jakim memberikan sijil akuan halal kepada 47 negara terlibat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pihaknya berharap, pembangunan modul itu dapat mengembangkan pensijilan halal di luar negara.

“Modul yang sedia ada hanya membuat kerjasama dengan syarikat Original Equipment Manufacturer (OEM) tempatan yang mempunyai kilang di luar negara.

“Kita (Jakim) melihat ada keperluan untuk Modul Eksekutif Halal Antarabangsa ini ditambah baik, supaya kita dapat memastikan standard dan keperluan halal di Malaysia dapat dipatuhi dan diguna pakai syarikat di luar negara, pada masa akan datang,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran