web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Di Maghribi: Zambry Hubungi Rakan Sejawatan Bagi Tawar Bantuan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 11:22AM

Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Maghribi lewat Jumaat, memusnahkan bangunan dan menyebabkan penduduk bergegas keluar dari rumah untuk menyelamatkan nyawa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menghubungi rakan sejawatannya, Menteri Hal Ehwal Luar Maghribi, Nasser Bourita bagi mendapatkan maklumat terkini gempa bumi yang melanda negara itu pada Jumaat dan seterusnya menawarkan bentuk bantuan yang diperlukan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Ahad, Zambry berkata beliau juga sudah menghubungi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Astanah Abdul Aziz bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini kejadian.

“Beliau memaklumkan kepada saya, sehingga kini tiada laporan yang membabitkan rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia yang dihubungi setakat ini berada dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.

Zambry juga mengucapkan simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi tersebut.

Terdahulu, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas oleh gempa bumi besar yang melanda Maghribi termasuk Al Haouz dan Marrakesh.

Kedutaan Malaysia di Rabat juga sedang memantau rapat perkembangan semasa dengan angka kematian dijangka meningkat susulan ada mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.

Warga Malaysia di Maghribi dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftar dengan kedutaan Malaysia dengan menghubungi misi tersebut di alamat 307, Rue Bani Yider Souissi 10000, Rabat, dan melalui nombor telefon (+212) 5 37 65 83 24 / (+212) 6 73 29 14 24 atau melalui emel di [email protected], tambah kenyataan itu.

Menurut kemas kini terbaharu yang dikeluarkan Agensi Anadolu memetik Kementerian Dalam Negeri kerajaan Maghribi, sekurang-kurangnya 2,012 orang telah terbunuh dan 2,059 cedera akibat gempa bumi kuat tersebut.

Bilangan yang tercedera adalah termasuk 1,404 kes kritikal.

Kematian akibat gegaran berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di pelbagai kawasan termasuk Taroudant, Chichaoua, Tiznit, Marrakech, Azilal, Agadir, Casablanca dan Youssoufia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad