Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tambang Feri Pulau Pinang Mula Dikuat Kuasa Esok

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 6:59PM

Penumpang feri di Pulau Pinang yang menggunakan perkhidmatan itu dari Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim akan dikenakan bayaran mulai esok. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kadar tambang perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang akan dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa esok bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 sehala.

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan tersebut dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah, manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas sebanyak RM2.

"Penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2, manakala penunggang motosikal sebanyak RM2.50.

"Bayaran tambang itu dikenakan di kedua-dua terminal di Pangkalan Raja Tun Uda di bahagian pulau dan Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth iaitu untuk masuk ke bahagian atau keluar ke bahagian pulau negeri ini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan tambang feri baharu itu mencerminkan komitmen dan usaha PPSB ke arah penambahbaikan berterusan untuk semua penumpang di samping menyokong peningkatan kemudahan perkhidmatan feri.

PPSB memaklumkan matlamat pihaknya adalah untuk menyediakan perjalanan yang selamat, mudah serta menyeronokkan untuk semua orang dan perubahan berkenaan memainkan peranan penting dalam mencapai objektif tersebut.

Menurut kenyataan itu, PPSB juga akan memperkenalkan pas bulanan bermula esok yang menawarkan diskaun kepada pengguna feri.

"Inisiatif ini secara tidak langsung bertujuan memberikan nilai tambah dan kemudahan kepada pengguna setia kami,” menurut PPSB.

Sebelum ini, orang ramai diberi peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan feri baharu yang beroperasi secara ulang-alik di Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda secara percuma selama sebulan bermula 7 Ogos lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 1 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Semasa 1 jam yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 17 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Aktiviti Mencurigakan, Pusat Keagamaan Disiasat