web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Lawat ESSCom, Permaisuri Memasak Untuk Rakyat Di Lahad Datu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 8:32PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini bagi meninjau operasi agensi bertanggungjawab menjaga keselamatan di Pantai Timur Sabah itu.

Seri Paduka, yang sedang menjelajah Sabah menerusi program Kembara Kenali Borneo, berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom di sini pada 4.20 petang disambut Komander ESSCom DCP Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali, sebelum diperkenalkan kepada barisan pegawai serta anggota ESSCom.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut meriah dengan laungan ‘Daulat Tuanku!’ bergema daripada rakyat yang menunggu sejak tengah hari keberangkatan Al-Sultan Abdullah di pekarangan Ibu Pejabat ESSCom di sini.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijadual berangkat tiba di Ibu Pejabat ESSCom pada 12 tengah hari tadi namun lewat, lantaran Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra dengan rakyat di sepanjang laluan Tawau ke Lahad Datu sejauh 171.7 kilometer.

Namun, keberangkatan tiba Seri Paduka berdua dan rombongan tetap dinanti-nantikan dan masyarakat setempat terus setia menunggu ketibaan Al-Sultan Abdullah, yang mengetuai konvoi 25 kenderaan.

Sejurus tiba di ESSCom, Al-Sultan Abdullah berkenan menandatangani plak lawatan dan menerima topi, jaket dan lambang formasi ESSCom daripada Victor, sebelum berangkat melawat ‘ESSCom Fusion Center’ sebuah pusat pengumpulan dan penyatuan maklumat keselamatan agensi itu.

Di pusat itu, Seri Paduka mendengar taklimat keselamatan khususnya melibatkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) daripada Victor.

ESSCom, yang ditubuhkan pada 1 April 2013 selepas pencerobohan pengganas Sulu dalam tragedi Lahad Datu pada Februari 2013 adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri melibatkan pengoperasian pelbagai cabang agensi keselamatan negara bagi melindungi Pantai Timur Sabah khususnya ESSZone.

Selepas lawatan ke ibu Pejabat ESSCom, Al-Sultan Abdullah berangkat ke Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari ibu pejabat ESSCom, bagi menyaksikan demonstrasi keupayaan bot dan payung terjun daripada Bahagian Operasi Laut dan Bahagian Pasukan Khas ESSCom, sebelum berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu.

Al-Sultan Abdullah berangkat ke Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, bagi menyaksikan demonstrasi keupayaan bot dan payung terjun daripada Bahagian Operasi Laut dan Bahagian Pasukan Khas ESSCom. - gambar BERNAMA
Al-Sultan Abdullah berangkat ke Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, bagi menyaksikan demonstrasi keupayaan bot dan payung terjun daripada Bahagian Operasi Laut dan Bahagian Pasukan Khas ESSCom. - gambar BERNAMA
Al-Sultan Abdullah melihat aset pasukan keselamatan di Pangkalan Polis Marin Lahad Datu. - gambar BERNAMA
Al-Sultan Abdullah melihat aset pasukan keselamatan di Pangkalan Polis Marin Lahad Datu. - gambar BERNAMA

Terdahulu, setibanya di Lahad Datu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan melawat Taman Palm Garden yang menempatkan perumahan pegawai dan anggota ESSCom, dengan fasa pertama penempatan itu membabitkan 60 unit rumah dengan peruntukan RM40 juta diluluskan kerajaan 15 Julai lepas.

Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat meneruskan perjalanan melawat Ibu Pejabat ESScom di sini, manakala Tunku Azizah berangkat ke Dewan Perdana Lahad Datu untuk aktiviti memasak dan Majlis Santapan Bersama Rakyat.

Setibanya di Dewan Perdana Lahad Datu, keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong yang dinanti-nantikan rakyat disambut dengan persembahan tarian selamat datang oleh pelajar sekolah.

Usai menyaksikan persembahan, Seri Paduka berkenan memasak untuk tetamu dan rakyat, serta menyediakan sendiri beberapa menu masakan antaranya ikan bilis masak kicap, ikan bilis masak asam dan udang berlada dibantu petugas Istana Negara dan ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).

Tunku Azizah juga berkenan melihat penyediaan masakan bubur lambuk malah menyukat serta memasukkan sendiri rempah ratus yang perlu digunakan dalam masakan yang dihidangkan kepada tetamu serta rakyat yang hadir.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di luar dewan itu pada 6.05 petang disambut dengan paluan gendang oleh pelajar Sekolah Menengah Cina Lahad Datu, paluan kompang daripada Persatuan Kompang Gabungan Lahad Datu dan tarian singa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Choi.

Diiring perarakan memasuki ke dewan dengan alunan muzik gamelan, Al-Sultan Abdullah menyertai Tunku Azizah dan diberi sambutan meriah dengan persembahan kebudayaan penari Natra Sri Budaya, dan tayangan video mengenai Lahad Datu.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan kepada 100 orang penerima asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU), sebelum bertitah menzahirkan rasa terima kasih kepada semua rakyat.

Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan majlis dan meneruskan perjalanan Kembara Kenali Borneo ke daerah Sandakan pada pukul 7.05 petang.

Lahad Datu terletak kira-kira 420 kilometer dari Kota Kinabalu, berkeluasan 7,472 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 261,520 orang sehingga 15 Okt 2020.

Antara penduduknya terdiri daripada etnik Bajau, Suluk, Idahan, Iranun dan Dusun Subpan yang majoritinya tertumpu dalam aktiviti ekonomi sumber laut.

Tempat menarik di Lahad Datu termasuk kawasan konservasi semula jadi Lembah Danum dan Kawasan Hidupan Liar Tabin, serta Pulau Tambisan yang terkenal dengan keindahan semula jadi dan lokasi tumpuan penyelam. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad