Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Sekeluarga Maut Nahas Treler, 2 Kereta

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2023 8:14AM

Kesemua mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak - gambar Balai Bomba dan Penyelamat Segamat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Lima dipercayai sekeluarga maut, termasuk dua kanak-kanak dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan dua kereta di Jalan Segamat-Kuantan, dekat Taman Yayasan, Segamat, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.33 petang, dan dua jentera LFRT dan satu EMRS beserta 15 anggota dikejarkan di tempat kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler jenis Scania, sebuah kereta Perodua Alza dan sebuah kereta Perodua Bezza.

Beliau berkata lima mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki berusia 46 tahun, dua wanita serta dua kanak-kanak perempuan berusia 10, dan 13 tahun, dipercayai suami isteri dan anak-anak.

“Terdapat lima orang mangsa masih tersepit dalam kereta Perodua Alza. Pasukan Keluaran Operasi (PKO), bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia.

“Sementara itu, dua lagi dalam Perodua Alza iaitu remaja lelaki 15 tahun dan kanak-kanak lelaki lima tahun cedera. Pemandu lori juga cedera manakala tiga wanita dewasa dalam Perodua Bezza selamat,” kata beliau dalam satu kenyataan, lewat malam tadi.

Kesemua mayat dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Segamat. Operasi tamat pada 9.34 malam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelajar Tingkatan 2 Tunggang Motosikal Maut, Rakan Cedera

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Dekat Selekoh Pun Nak Memotong

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 11 jam yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM

Sukan 14 jam yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu