web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ambang Merdeka Disambut Meriah, Percikan Bunga Api, Forum Perdana Hiasi Suasana

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 8:19AM

Percikan bunga api melatari ibu negara dalam sambutan Ambang Merdeka tengah malam tadi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sambutan Ambang Hari Kebangsaan 2023 di seluruh negara meriah dengan beberapa lokasi menjadi tumpuan orang ramai yang menantikan kiraan detik 12 tengah malam, memasuki tanggal 31 Ogos, hari bersejarah dan bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia yang disambut setiap tahun.

Sebelum itu, mereka disajikan dengan pelbagai program termasuk  persembahan pentas dan forum agama yang menumpukan kepada memperkasakan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.

Sejurus tepat 12 tengah malam,  beberapa lokasi bermandikan percikan bunga dengan para pengunjung melaungkan “Merdeka” dengan penuh bersemangat.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tidak ketinggalan menyemarakkan Sambutan Ambang Hari Kebangsaan dengan menganjurkan Grand Stand Ambang 31@Bernama di pekarangan lobi Wisma Bernama di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin dan Ketua Pengarang Jamaluddin Muhammad serta kakitangan Bernama dan ahli keluarga mereka.

Pertunjukan bunga api dan persembahan D’Parawood yang merupakan Band 10 Briged Para adalah antara yang menjadi tarikan sambutan selain karaoke Merdeka dan deklamasi puisi patriotik serta persembahan koir daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru.

Sementara itu, Dataran Merdeka dibanjiri kira-kira 15,000 pengunjung yang melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali apabila tepat  jam 12 tengah malam diikuti nyanyian lagu Negaraku.

Orang ramai tidak ketinggalan merakam foto percikan bunga api berlatarbelakangkan KLCC - gambar BERNAMA
Orang ramai tidak ketinggalan merakam foto percikan bunga api berlatarbelakangkan KLCC - gambar BERNAMA

Seterusnya pertunjukan bunga api berlangsung selama lima minit menerangi dan mewarnai langit ibu kota dan diselangi dengan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pengunjung turut terpesona dengan pertunjukan cahaya lampu di menara berkembar Petronas manakala di Taman KLCC pula diserikan dengan pesta cahaya dan air pancut berirama diikuti pertunjukan bunga api tepat pukul 12 tengah malam.

Di PUTRAJAYA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyertai lebih 2,000 jemaah untuk solat maghrib, solat hajat dan doa selamat yang dipimpin Imam Masjid Putra Abdul Karim Zakaria pada Forum Ambang Merdeka anjuran Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di Masjid Putra di sini, malam ini.

Program kemudiannya diteruskan dengan Amanat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan disusuli dengan pengisian Forum Ambang Merdeka bertajuk “Nilai Islam Dalam Erti Kemerdekaan” bersama ahli panel iaitu pendakwah Ustaz Rozie Rejab dan Ustaz Muhammad Noorazam Bahador, yang dikendalikan oleh Imam Masjid Negara Ustaz Mohd Nadzri Mustakhim.

Mohd Na'im dalam ucapannya berkata umat Islam perlu menjadi model peranan, menyerlahkan sifat rahmah, menghilangkan syak wasangka serta menterjermahkan aplikasi Fiqh Taáyush (kewujudan bersama) dalam kehidupan seharian, agar keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia dapat terus disuburkan.

Jemaah mengaminkan doa selepas menunaikan Solat Hajat pada program Ambang Merdeka JAKIM di Putrajaya - gambar BERNAMA
Jemaah mengaminkan doa selepas menunaikan Solat Hajat pada program Ambang Merdeka JAKIM di Putrajaya - gambar BERNAMA

Di SELANGOR, sambutan ambang Hari Kebangsaan peringkat negeri  meriah dengan kehadiran kira-kira 20,000 orang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Bermula pukul 4.45 petang, sambutan dimulakan dengan selawat dan munajat bersama Habib Ali Zaenal Abidin dan pada sebelah malam, sambutan diteruskan dengan perarakan serta perbarisan 66 kontinjen terdiri daripada jabatan kerajaan, swasta, pancaragam sekolah serta persembahan khas anggota beruniform, antaranya kawad senyap dan tempur tanpa senjata. 

Amirudin turut menyerahkan sumbangan khas kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Selangor dan Persatuan Bekas Polis Selangor selain, menyampaikan Anugerah Tokoh Kemerdekaan Negeri Selangor dinobatkan kepada Allahyarham Leftenan Adnan Saidi.

Di MELAKA, sambutan Ambang Merdeka sempena Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri Melaka di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini malam ini diserikan dengan Persembahan Gendang 24 Musim oleh pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Bin, Melaka. 

Terdahulu, lebih 30,000 hadirin yang mula berkumpul di Dataran Sejarah Ayer Keroh sejak 6 petang disajikan dengan pelbagai persembahan, antaranya bacaan puisi merdeka oleh pelajar sekolah dan nyanyian oleh penyanyi Datuk Wan Aishah Wan Arifiin.

Pengunjung mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Ambang Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh - gambar BERNAMA
Pengunjung mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Ambang Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya, Ipoh - gambar BERNAMA

Di JOHOR, kira-kira 2,500 masyarakat setempat menyertai Program Bacaan Yassin dan Tahlil menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri Johor di Masjid Jamek Al-Falah, Simpang Renggam, Kluang. 

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Johor itu dimulai dengan solat maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan surah Yassin, tahlil dan juga doa selamat.

Di PERAK, sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Perak 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru bermula pukul 8 malam dengan kehadiran kira-kira 10,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Perak 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya - gambar BERNAMA
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Perak 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru Raya - gambar BERNAMA

Sambutan yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan barisan exco kerajaan negeri dimulakan dengan persembahan tarian, sketsa, puisi muzikal, koir, gamelan dan nyanyian oleh selebriti popular iaitu Haziq dan Black Hanafiah serta deklamasi puisi.

Di KEDAH, sambutan ambang Merdeka meriah dengan kehadiran orang ramai di Tasik Darulaman, Jitra malam ini yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan antaranya seni silat dan tarian pelbagai kaum Melayu, Cina dan Siam serta persembahan deklamasi sajak bertajuk “Tanah Air” serta persembahan nyanyian daripada Ameng, penyanyi kumpulan Spring.

Di KELANTAN, lebih 5,000 pengunjung hadir di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini menyaksikan 66 kontinjen yang mengambil bahagian dalam perbarisan seperti pasukan unit beruniform, agensi-agensi kerajaan dan negeri membabitkan 2,310 peserta.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika berucap menyeru agar rakyat Kelantan berusaha mengekalkan nikmat kemerdekaan yang dikecapi dengan menjalinkan hubungan harmoni bersama kaum dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya keamanan di negeri ini kekal sepanjang masa.

Di TERENGGANU, sambutan Ambang Merdeka 2023 di Dataran Muara Utara, Jambatan Angkat di Kuala Terengganu dimulakan dengan pengisian keilmuan melalui Forum Kemerdekaan: “Ukhuwah Islamiah Melestarikan Intipati Kemerdekaan” dan disusuli dengan persembahan nyanyian lagu patriotik oleh artis jemputan. 

Percikan bunga api berlatar belakangkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu memeriahkan sambutan Ambang Merdeka sempena Hari Kebangsan 2023 di muara Sungai Terengganu - gambar BERNAMA
Percikan bunga api berlatar belakangkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu memeriahkan sambutan Ambang Merdeka sempena Hari Kebangsan 2023 di muara Sungai Terengganu - gambar BERNAMA

Menghampiri 12 tengah malam,  upacara perarakan masuk anggota Rejimen 512 Askar Wataniah membawa Jalur Gemilang dan penyerahan Jalur Gemilang oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Di SARAWAK, Pertandingan Ratu Kebangsaan Mukah selain persembahan artis-artis tempatan Sarawak menjadi penyeri sambutan Ambang Merdeka 2023 yang disaksikan ribuan penduduk tempatan di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah, malam ini.

Acara persembahan yang turut disertai Kumpulan Tarian Sri Ritma Borneo Mukah, Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak dan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak itu turut disaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah yang juga menteri bertanggungjawab untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sarawak tahun ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

Politik 23 jam yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad