web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen Di Peringkat Kedua – Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 5:57PM

Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 kini berada di peringkat kedua bagi proses merangka kertas kerja Kabinet.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) yang dipengerusikannya pada Jumaat lalu telah memutuskan undang-undang itu di peringkat dasar.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk BHEUU merangka kertas kerja Kabinet bagi mendapatkan persetujuan untuk Majlis Bersama Dewan Negara dan Dewan Rakyat oleh Pejabat Peguam Negara untuk diedarkan kepada semua kementerian dan agensi yang berkaitan sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri,” katanya menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Meja Bulat Kesejahteraan Sosiobudaya Malaysia MADANI 2023 di Bangunan Parlimen, hari ini, berkata rang undang-undang untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen itu dijadualkan dibentang di Parlimen pada bulan depan.

Akta Perkhidmatan Parlimen 1963  diperkenalkan bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia telah dimansuhkan pada 1992.

Sementara itu, mengulas mengenai Meja Bulat Kesejahteraan Sosiobudaya Malaysia MADANI 2023, Wan Junaidi berkata ia bagi membincangkan peranan dan gerak kerja seluruh institusi sosial dalam pembangunan negara.

Beliau berkata objektif utama meja bulat itu adalah untuk mengumpulkan idea dan maklumat dalam memantapkan pemahaman dan penghayatan serta isu latar sosiobudaya Malaysia daripada pelbagai segmen masyarakat.

Katanya, empat kluster utama pembangunan yang menjadi fokus perbincangan secara intensif dan inklusif menerusi sesi dialog, sumbang saran dan wacana meja bulat itu adalah Kesejahteraan, Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi; Pendidikan, Nilai Budaya dan Pembangunan Insan; Keselamatan, Perpaduan Nasional dan Pengukuhan Institusi serta Perubahan Iklim dan Kelestarian Ekosistem Persekitaran.

Program sehari anjuran Parlimen Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu disertai panel berpengalaman dan pakar dalam empat kluster pembangunan antaranya Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Senator Aknan Ehtook.

Ia turut melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat antaranya ketua agama, golongan rentan, pemimpin pelajar dan masyarakat, akademia, badan sukarela, usahawan serta golongan pekerja. -BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad