web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jelajah Kembara Borneo YDPA Di Sarawak 7 Sept

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 8:55AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan memulakan Kembara Kenali Borneo bulan depan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan memulakan jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ di Sarawak dari 7 sehingga 13 Sept ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata konvoi baginda di negeri itu melibatkan perjalanan sejauh 1,198 kilometer (km).

Beliau berkata, ia dijadualkan bermula dari arah utara sehingga penghujung selatan Sarawak iaitu dari pintu masuk Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Merapok, Lawas sehingga Telok Melano.

“Secara rasmi, rombongan Seri Paduka Baginda akan tiba di Sarawak pada 7 Sept dari Sabah, melalui jalan darat di pintu masuk ICQ Merapok dan rombongan akan terus ke Bandar Lawas menuju ke Tebingan Lawas, sebelum meneruskan perjalanan ke Negara Brunei Darussalam.

“Baginda dan rombongan akan berada di Brunei selama tiga hari dari 7 hingga 9 Sept, seterusnya konvoi Baginda dijangka tiba di Miri pada bagi meneruskan Kembara Kenali Borneo di Sarawak,” katanya dalam sidang media ‘Kembara Kenali Borneo’ di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata antara lokasi yang bakal dilawati rombongan Al-Sultan Abdullah di bahagian utara negeri termasuk Coco Cabana Miri, Kampung Penan Muslim Batu 10 dan Rumah Panjang Raymond Plen di Sebauh, manakala di wilayah tengah Sarawak melibatkan lokasi Tokong Yu Lung Tian En Si, Kampung Bandung Sibu dan Pasar Central Sibu.

Lokasi menelurusi Lebuhraya Pan Borneo kemudiannya diteruskan ke bahagian selatan Sarawak, iaitu Masjid Bahagian Sri Aman dan Zero KM Lebuh Raya Pan Borneo, Telok Melano.

“Saya bertanggungjawab sebagai menteri pengiring dan akan berada bersama-sama Seri Paduka dan Raja Permasuri Agong, sepanjang jelajah di Sarawak dari 7 Sept. Selain itu, ada juga menteri dan timbalan menteri Sarawak yang ditugaskan mengikut lokasi berbeza, untuk menyambut ketibaan rombongan,” katanya yang menambah Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai program menarik di setiap lokasi yang dilawati.

Abdul Karim berkata antara aktiviti diadakan termasuklah pameran dan demonstrasi kraftangan, aktiviti kebudayaan, aktiviti memasak yang mengetengahkan keunikan juadah Sarawak.

“Paling penting, rombongan Al-Sultan Abdullah turut berpeluang beramah mesra dengan rakyat di Sarawak ini, sejajar dengan matlamat utama kembara yakni untuk mendampingi dan menyantuni rakyat Sarawak,” katanya.

Jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ dijadulkan bermula dari Tawau, Sabah pada 3 Sept dan berakhir di Teluk Melano, Sarawak pada 13 Sept, dengan melibatkan perjalanan sejauh 2,154 km.

Mengenai kawalan lalu lintas sepanjang jelajah berkenaan, Abdul Karim berkata perkara itu telah diatur rapi oleh Istana Negara dengan kerjasama kerajaan negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pejabat Residen Bahagian Sarawak yang dilawati pasangan diraja itu.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk sentiasa mematuhi arahan dari pihak berkuasa sepanjang perjalanan kembara baginda berdua. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar