web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BNM Syor Denda RM23 Juta Tetapi AG Kurangkan Kepada RM15 Juta - Zeti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2023 4:09PM

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa bank pusat itu sebenarnya sudah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun Peguam Negara (AG) kemudian mengurangkan jumlah denda kepada RM15 juta.

Saksi berumur 76 tahun itu berkata untuk mengenakan penalti, BNM memerlukan persetujuan atau kebenaran AG pada masa itu.

“AG menolak jumlah yang disyorkan oleh kami. Kami (BNM) mengesyorkan RM23 juta, namun AG mengurangkannya kepada RM15 juta,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-46 itu berkata demikian ketika ditanya peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri itu yang membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali adalah Peguam Negara pada masa itu.

Dalam kenyataan saksinya, Zeti memberitahu bahawa ketidakupayaan 1MDB untuk membawa balik wang itu dan memberikan bukti mengenai status dana, mengakibatkan kompaun dikenakan ke atas dana kekayaan berdaulat itu. 1MDB membayar kompaun pada 25 Mei 2016.

Muhammad Shafee: Adakah terdapat sebarang percubaan oleh Menteri Kewangan ketika itu (Najib) untuk mengetepikan denda yang dikenakan ke atas 1MDB ini? Zeti menjawab, "Saya tidak tahu".

Selain itu, Zeti juga menegaskan bahawa AmBank memberitahunya bahawa Najib akan membuka akaun dengan bank itu, tetapi berkata pengarah urusan bank berkenaan Cheah Tek Kuang tidak memberitahunya bahawa ada derma yang dijangka akan masuk.

Zeti sekali lagi menegaskan bahawa bank pusat tidak menjalankan kajian sewajarnya ke atas akaun individu, dan itu adalah kewajipan institusi kewangan masing-masing.

Keterangan Zeti dilihat bercanggah dengan keterangan Cheah sebelum ini sebagai saksi pendakwaan ke-39 dalam perbicaraan 1MDB yang sama, apabila katanya dia sudah memberitahu Zeti mengenai 'derma' yang dikatakan akan tiba.

Cheah pada 4 Oktober 2022, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia sudah mengikuti arahan pengerusi AmBank dan pergi ke rumah Najib pada awal 2011 untuk membantu Najib dengan dokumen pembukaan akaun bank, dan Najib mendakwa akan ada AS$100 juta derma yang datang dari kerajaan Arab Saudi untuk beliau, khusus bagi pelaksanaan aktiviti berkaitan Islam.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Siasatan Kematian Kadet UTM Syamsul Haris Akan Dibuat Jika Perlu - AG

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad