web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penampilan King Oyen Tambah ‘Mood’ Hari Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2023 3:18PM

King Oyen membuat 'penampilan' pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Meskipun bukan tetamu rasmi atau khas, kemunculan istimewa seekor kucing yang popular menerusi media sosial yang dikenali sebagai "King Oyen" mencuri perhatian pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023, hari ini.

Dengan memakai pakaian berwarna Jalur Gemilang berserta tanjak songket dan cermin mata hitam, kucing berusia empat tahun itu dibawa pemiliknya Siti Zalifah Abdul Aziz dengan menaiki basikal di Dataran Putrajaya seawal 6 pagi bagi menambah "mood" Hari Kebangsaan, Khamis ini.

Orang ramai yang hadir melihat persiapan raptai sambutan Hari Kebangsaan itu nyata turut teruja dan mengambil foto bersama kucing berbulu oren itu selain "terpukau" dengan persembahan perbarisan, perarakan, persembahan dan pertunjukan udara yang diterajui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Siti Zalifah berkata kucing yang sangat patuh pada arahannya itu gemar berbasikal dengan beliau sejak 2020 dan haiwan fotogenik yang mesra dengan orang ramai.

“Pakaian ini khas untuk memeriahkan suasana Hari Kebangsaan. Semangat kemerdekaan ini bukan hanya untuk kita, tetapi juga King Oyen. Tahun lepas pun, King Oyen datang sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Khamis ini akan turut berada di sekitar Dataran Putrajaya,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata semangat "patriotik" kucing itu sangat tinggi apabila dilihat tidak penat menunggu berjam-jam di bawah cuaca panas untuk melihat perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan.

King Oyen mula popular dengan video peragaan berserta outfit of the day (OOTD) menerusi Instagram dan TikTok serta pernah menjadi perbualan dalam media sosial apabila berbasikal bersama selebriti Alif Satar di Bukit Tunku pada Februari lepas.

King Oyen atau dengan nama Macho Kingsley kini mempunyai 4,873 pengikut melalui Instagram.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan King Oyen pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 hari ini. - gambar BERNAMA
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan King Oyen pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 hari ini. - gambar BERNAMA

Hari Kebangsaan 2023 yang akan disambut di Putrajaya dengan bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" bakal menampilkan 10 komponen kontinjen pada acara perbarisan dan perarakan iaitu Kenegaraan; Perpaduan Malaysia MADANI; Ekonomi; Perbankan; Telekomunikasi; Industri Kreatif; Komuniti; Sukan Negara; Kesejahteraan dan Keselamatan Negara. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad