Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aset Tentera, Aksi Pasukan Keselamatan Jadi Tarikan Raptai Hari Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 5:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Deruan enjin pelbagai jentera milik jabatan kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 'mengaum' di Dataran Putrajaya di sini hari ini sempena raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023.

Orang ramai yang membanjiri Dataran Putrajaya seawal 8 pagi teruja ketika kontinjen Angkatan Pertahanan Awam (APM) berarak dengan 294 anggota dan sembilan aset termasuk jentera memadam kebakaran jenis Bedford dan ambulans jenis Ford Thames yang digunakan sejak pasukan itu ditubuhkan pada 1952.

Menyusuli raptai yang bermula 7 pagi itu ialah kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus menambah keseronokan orang ramai melihat barisan jentera serta aset yang digunakan bagi menjaga ketenteraman awam.

JBPM membariskan aset antaranya jentera memadam kebakaran milik jabatan berkenaan yang digunakan pada 1960-an serta barisan jentera moden termasuk lori tangki air. 

Tidak ketinggalan enam ekor anjing pengesan daripada unit anjing pengesan JBPM yang banyak menabur bakti mencari mangsa bencana di dalam dan luar negara seperti tanah runtuh di Batang Kali, Selangor tahun lepas dan gempa bumi di Turkiye pada Februari.

Sementara itu, antara aset milik PDRM yang menyertai raptai hari ini adalah kereta dan motosikal peronda polis, jentera dilengkapi meriam air yang digunakan Unit Simpanan Persekutuan serta kenderaan milik Unit Tindakan Khas yang digunakan bagi situasi tebusan.

Antara pasukan keselamatan negara yang mengambil bahagian dalam raptai Hari Kebangsaan - gambar Syadila Amari
Antara pasukan keselamatan negara yang mengambil bahagian dalam raptai Hari Kebangsaan - gambar Syadila Amari

Orang ramai turut disajikan dengan aksi penerjun tepat oleh enam anggota Pasukan 69 Komando PDRM dari ketinggian 4,000 meter pada 8.45 pagi yang kemudian mendarat tepat di hadapan pentas tetamu kehormat.

Kontinjen ATM yang merupakan kontinjen terbesar dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 seperti biasa tidak menghampakan orang ramai dengan membariskan aset-aset ketenteraan tercanggih.

Lebih 100 aset ketenteraan milik ketiga-tiga cabang ATM iaitu Angkatan Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipertontonkan dalam raptai hari ini antaranya treler membawa misil dan meriam, kereta perisai Gempita dan Adnan.

Mengakhiri raptai hari ini, latihan pertunjukan aset udara daripada pesawat dan jet milik TUDM menggamatkan ruang udara Putrajaya dengan deruan enjin jet pejuang Sukhoi SU-30 dan jet Hornet F/A 18D.

Bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

Esok akan berlangsung sekali lagi raptai separa sebelum raptai penuh pada 29 Ogos ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Mascot, Wad Pediatrik Berwajah Baharu Ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan KPJ Klang

3

Jelajah 7 bulan yang lalu

Sebarkan Semangat Patriotik, Raikan Hari Kebangsaan Di Genting Highlands

4

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Kemeriahan Majlis Raptai Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Di Dataran Putrajaya

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri