web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Negeri Digalakkan Pakai Kebaya Perlis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 6:11PM

Pemakaian Kebaya Perlis oleh penjawat awam pada hari bekerja usaha promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Perlis menggalakkan penjawat awam di negeri itu memakai Kebaya Perlis pada hari bekerja sebagai usaha mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana, Kebudayaan, Kesenian dan  Warisan Wan Badariah Wan Saad berkata Kebaya Perlis dipakai oleh golongan istana dan bangsawan sejak 1930-an lagi dan perlu diketengahkan semula agar warisan itu terus dipelihara.

“Busana ini menjadi amat masyhur pada zaman pemerintahan Raja Syed Alwi Jamalullail iaitu Raja Perlis yang keempat (1904-1943) dan menjadi ikutan rakyat jelata untuk ke majlis-majlis kenduri.

“Sempena TMP 2024-2025, kita harap busana Melayu ini dipopularkan kembali agar dapat dijadikan satu daripada produk tarikan pelancongan dan kita perlukan sokongan daripada semua pihak khususnya penjawat awam negeri,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, baju Kebaya Perlis mempunyai keunikanya tersendiri dan sesuai dipakai oleh semua lapisan masyarakat kerana potongan longgar dan menutup aurat wanita.

“Selain waktu bekerja, Kebaya Perlis juga selesa dipakai pada majlis rasmi, kenduri dan musim perayaan seperti sambutan Hari Kebangsaan, Aidilfitri dan sebagainya,” katanya.

Menurut Wan Badariah, usaha mempopularkan kembali Kebaya Perlis dapat membantu mengembangkan ekonomi penduduk setempat khususnya pengusaha kedai jahit, butik pengantin dan individu khususnya suri rumah yang berkemahiran menghasilkan busana itu.

Sementara itu, pengarah Muzium Kota Kayang Siti Munirah Kasim berkata Kebaya Perlis mempunyai pengaruh daripada unsur negara Arab iaitu potongannya menutup aurat, tiada pesak dan kekek pada awalnya.

“Baju Kebaya Perlis yang ada pada hari ini melalui evolusi daripada perubahan zaman namun ciri-ciri aslinya masih ada,” katanya.

Beliau berkata saranan kerajaan untuk penjawat awam memakai baju Kebaya Perlis dapat mengekalkan identiti dan memelihara warisan negeri Perlis itu.

“Daripada pengalaman saya sendiri, baju Kebaya Perlis selesa dipakai untuk ke tempat kerja kerana potonganya yang longgar dan menggalakkan petugas saya memakai Kebaya Perlis dan Batik Malaysia bila bertugas,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan