web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemajuan Projek ECRL Capai Lebih 48 Peratus – Mohd Zuki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 5:30PM

Mohd Zuki ketika melawat kawasan pembinaan terowong di Kampung Gedung Siam 3. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 48.77 peratus sehingga kini, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ketua Setiausaha Negara itu juga berkata perkembangan tersebut selaras dengan pembangunan projek itu dari Kota Bharu, Kelantan hingga Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026, sekali gus membolehkan perkhidmatan ECRL beroperasi pada Januari 2027.

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa kadar kemajuan yang memberangsangkan bagi projek ini bukan sahaja tertumpu kepada kerja-kerja infrastruktur dan pembinaan projek mega itu malah meliputi penglibatan syarikat tempatan dalam pelaksanaan ECRL.

“Projek ini telah menyaksikan penglibatan lebih kurang 2,700 syarikat tempatan yang terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal dari tahun 2017 hingga suku pertama tahun ini.

“Nilai kontrak yang melibatkan syarikat tempatan dalam kerja projek ECRL telah mencecah sekitar RM12 bilion sekali gus mengatasi sasaran RM10.8 billion yang disasarkan bagi kerja sivil projek ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penembusan Terowong di Kampung Gedung Siam 3, di sini hari ini.

Mohd Zuki berkata bagi penglibatan kontraktor bumiputera pula, sejumlah RM2.3 bilion atau 66 peratus daripada sasaran RM3.5 bilion kerja sivil ECRL telah diberikan kepada subkontraktor dan pembekal bumiputera.

Beliau berkata kerja pembinaan projek pengangkutan nasional itu sedang giat dijalankan melibatkan lebih 21,000 tenaga kerja di lebih 1,600 tapak kerja di sepanjang jajaran.

Menyentuh mengenai pembinaan terowong di Kampung Gedung Siam 3 sepanjang 1.32 kilometer (km) yang kerja infrastrukturnya dijangka siap sepenuhnya pada April 2024 itu, beliau berkata ia telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual menggunakan kaedah penggerudian dan letupan.

Dengan purata ketinggian sebanyak 13.47 meter dan kelebaran 13.02 meter, terowong itu dibina bagi membolehkan laluan kereta api ECRL memenuhi tahap maksimum kecerunan 0.74 peratus serta bagi tujuan mengelakkan penebangan terbuka di kawasan kampung.

Sehingga kini, kerja-kerja pengorekan 25 daripada 40 terowong yang ditetapkan dalam pembinaan ECRL telah berjaya ditembusi termasuk 21 terowong di Seksyen A (Kota Bharu - Dungun) dan Seksyen B (Dungun - Mentakab) manakala empat di Seksyen C (Mentakab - Pelabuhan Klang).

Selain itu, beliau memaklumkan pemasangan jambatan bagi lima lokasi di jajaran ECRL Seksyen A dan Seksyen B telah dilaksanakan sepenuhnya.

Projek ECRL merangkumi rangkaian rel sepanjang 665 km yang akan merentasi negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 35 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar