web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nahas Elmina: Ketua BSKU Berlepas Ke Florida Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 6:16PM

Ketua BSKU ke Amerika Syarikat untuk hantar memory puck CVR pesawat terhempas di Bandar Elmina, Khamis lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) petang ini, untuk menghantar memory puck yang terdapat di dalam perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), ke makmal di Florida untuk diekstrak dan dianalisa.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penganalisaan data itu akan dibuat seawal pagi Isnin (waktu AS), kerana segala persiapan termasuk pelepasan daripada pihak makmal pengilang peralatan asal (OEM) CVR berkenaan, telah dilakukan dalam tempoh dua hari ini.

“Ketua BSKU akan berlepas ke Florida pada 7 petang ini, sebab beliau baru mendapat kelulusan visa baharu pagi tadi dan beliau dijangka berada di AS beberapa hari ini.

“Pada pagi Isnin, beliau bersama pasukan makmal OEM akan membuka memory puck CVR tersebut, untuk mengekstrak data dan dianalisis dan kemudiannya pulang untuk membuat laporan,” kata beliau dalam sidang media di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pandangan sesetengah penganalisis bahawa peluang untuk mengetahui punca sebenar kejadian tipis berikutan keadaan CVR rosak teruk, Loke berkata itu hanya pendapat masing-masing dan kerajaan berusaha untuk melakukan yang terbaik.

“Jangan buat apa-apa rumusan sekarang. Kita cuba usaha yang terbaik dengan pergi ke makmal OEM untuk mengesktrak data, jadi sebelum kita sampai ke makmal tersebut, saya harap tiada rumusan diputuskan oleh mana-mana pihak, kerana kita komited dengan tugas dan tangungjawab dalam mencari punca nahas,” katanya.

Pada masa sama, beliau telah diberi jaminan oleh Ketua BSKU bahawa laporan awal kejadian akan dapat dikeluarkan dalam tempoh 30 hari, selepas nahas itu berlaku.

“Kita kena faham bahawa saya tidak boleh mendesak Ketua BSKU untuk siapkan laporan itu, sebab ia mesti dibuat berdasarkan kepada protokol Annex 13-Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13).

“Beliau tidak boleh sesuka hati membuat laporan dan pula kita terbitkan laporan begitu sahaja tapi beliau telah beri komitmen dalam masa 30 hari, laporan mesti disiapkan. Jadi berikan kami sedikit masa,” katanya.

Dalam kejadian pada Khamis lepas itu, sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang dan kru, terhempas di kawasan Elmina.

Semua yang berada dalam pesawat tersebut terkorban, selain dua orang awam iaitu seorang penunggang p-hailing dan seorang pemandu e-hailing yang melalui tempat kejadian. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan