web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Umum Peruntukan Tambahan RM30 Juta Naik Taraf Laluan Gerik-Jeli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 2:58PM

Anwar turut umum pemberian RM1,000 kepada 87 keluarga bekas pekerja pembinaan Jalan Raya Timur Barat yang terkesan akibat serangan pengganas komunis. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GERIK - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf Jalan Raya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.

Beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan peruntukan penyelenggaraan jalan tersebut yang dianggarkan kosnya sebanyak RM80 juta sehingga RM100 juta.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata terdapat banyak permohonan peruntukan bagi  penyelenggaraan jalan di seluruh negara dan beliau akan mengkajinya dalam Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan pada Oktober.

“Tapi hari ini saya boleh lulus tambahan RM30 juta untuk perbaiki jalan,” kata beliau dalam ucapan ketika melancarkan Kempen MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sebelum ini Nanta mengumumkan RM30 juta peruntukan awal daripada KKR bagi menaik taraf dan menyelenggara laluan tersebut.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh Malaysia berjumlah RM370 juta pada tahun ini.

Beliau berkata RM300 juta adalah bagi penyelenggaraan jalan persekutuan yang tiada dalam syarat kontrak syarikat konsesi.

“RM20 juta peruntukan khas untuk jurutera daerah dan RM50 juta (bagi) pemasangan dan penyelenggaraan lampu di kawasan risiko tinggi kemalangan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut meluluskan RM250 juta bagi peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan melibatkan kontraktor kecil bumiputera.

Sementara itu, Perdana Menteri turut meluluskan sagu hati RM1,000 kepada 87 keluarga pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dengan pembinaan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) (FT004) sebagai simbolik menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan.

Anwar turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada 37 orang bekas pekerja dan waris keluarga yang terlibat dengan pembinaan JRTB (FT004) itu.

Pada 21 Mei 1974, serangan pengganas komunis telah merosakkan puluhan unit jentera berat dan pada 27 Ogos 1974, seramai tiga orang petugas JKR telah terbunuh semasa bekerja untuk membina laluan ini.

Pada sidang media kemudiannya, Nanta berkata kerja membaiki laluan itu akan dilaksanakan secepat mungkin dengan dikendalikan syarikat konsesi.

“Dengan peruntukan tambahan ini kita boleh membelanjakan bagi kerja-kerja lebih berat dan bukan sekadar menampal jalan sahaja kerana jalan ini sudah lama.

“Laluan itu juga boleh dibina semula, mungkin mana-mana kerja yang diperlukan nanti terpulang kepada pihak teknikal apa pembaikan yang perlu dibuat menggunakan peruntukan ini,” katanya.

Ditanya sama ada peruntukan itu turut digunakan bagi tambahan lampu jalan berikutan kawasan yang terlalu gelap, beliau berkata segala keperluan akan diteliti terlebih dahulu. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad