web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk K Jadi Saksi Kes Yayasan Akalbudi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 4:20PM

Khalid Muhamad Jiwa. - gambar Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mencuri perhatian ramai apabila hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Kehadiran Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa ialah bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Seperti diketahui, kes terbabit melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Setakat ini, pihak Ahmad Zahid telah memanggil tujuh saksi bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes Yayasan Akalbudi berlangsung.

Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa itu sedang membela diri atas 47 pertuduhan, meliputi 12 pecah amanah, 27 pengubahan wang haram dan lapan tuduhan rasuah.

Kes tersebut berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid sebelum ini telah digantikan oleh Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, keputusan menggantikan Raja Rozeta dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dengan membuat pertimbangan yang teliti. - Getaran, 21 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad