web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Han Solo Jadi Idola, Dorong Heikal Aras Jadi Juruterbang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 5:30PM

Jenazah Heikal Aras Abdul Azim dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya, petang tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menjadikan watak Han Solo yang merupakan juruterbang Millennium Falcon dalam filem bersiri Star Wars sebagai idola, menjadi pendorong kepada Heikal Aras Abdul Azim, 45, untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang juruterbang.

“Dia menggelarkan diri Han Solo, setiap kali tengok cerita Star Wars sehinggakan ketika itu sanggup bergaduh dalam kalangan kami adik beradik berebut watak itu, semata-mata kerana terlalu meminatinya,” imbau abangnya Husnein Aras mengenai Heikal Aras, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.

“Minatnya itu juga mendorong dia untuk menjadi seorang juruterbang,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham Heikal Aras yang merupakan juruterbang pesawat malang itu di sini hari ini.

Husnein Aras berkata anak sulung arwah, Daniel Zulqarnain, 13, juga telah menunjukkan kecenderungan minat untuk menjadi seorang juruterbang, seperti ayahnya.

“Kami sekeluarga dapat lihat apabila dia sering mereka bentuk replika kapal terbang daripada kadbod,” katanya yang merupakan seorang pegawai logistik Markas Angkatan Tentera, Sungai Besi.

Selain Daniel Zulqarnien, mangsa juga mempunyai dua lagi anak iaitu  Suri Balqish, 10, dan Rafael Dzulqairy, 9, hasil perkongsian dengan bekas isterinya, Christine Yong.

Husnein Aras berkata Allahyarham merupakan seorang yang sentiasa ceria dan baik hati. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini