web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Preventif Bendung Isu 3R Perlu Segera Dilaksana - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 7:48AM

Sultan Nazrin (tiga dari kanan) ketika Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-172 di Istana Iskandariah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Isu-isu menyentuh agama, raja dan kaum (3R) yang semakin disensasikan dan dipolitikkan kebelakangan ini jika dibiarkan boleh menjejaskan kestabilan negara termasuk usaha pembangunan serta ekonomi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan.

“Ahli-Ahli Dewan Negara dan Orang Besar Jajahan hendaklah berperanan proaktif membantu usaha-usaha preventif dan usaha-usaha membendung.

“Orang-Orang Besar Jajahan terutamanya hendaklah mendampingi jawatankuasa dan pegawai masjid, sering mengadakan pertemuan dan perbincangan dalam jajahan masing-masing, berusaha ke arah menyatupadukan rakyat,” titah Sultan Nazrin ketika Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-172 di Istana Iskandariah di sini, semalam.

Sultan Nazrin bertitah perkara menyentuh agama, raja dan kaum yang disensasikan, jika berlaku hendaklah segera dipersembahkan ke pengetahuan baginda dan mendapatkan nasihat baginda jika perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dan badan perundangan.

Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah sekolah berperanan penting untuk menyemaikan semangat perpaduan serta kesetiaan kepada raja dan negara. 

“Pada malam ini, beta dan Raja Permaisuri, Raja Muda dan Raja Dihilir akan berangkat bercemar duli ke acara kemuncak Program Menyemai Semangat Kesetiaan kepada Raja dan Negara di bawah kelolaan bersama Dewan Negara Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri dengan pembiayaan dan sokongan kerajaan beta.

“Program tersebut mendapat sambutan baik daripada para pelajar. Orang-Orang Besar Jajahan juga hendaklah mendampingi diri dengan warga pendidik dan memberi masa menghadiri program-program kokurikulum di sekolah-sekolah, membantu usaha-usaha menyemaikan semangat kesetiaan kepada raja dan negara, di samping membantu usaha-usaha memupuk perpaduan kaum,” titah baginda.

Baginda bertitah generasi remaja semakin menjadi komponen terbesar rakyat di negara ini dan mereka wajib diberikan bimbingan untuk menjadi warga berharga kepada negara bangsanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Semasa 6 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar