web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Satu Mayat Ditemukan Dalam Keadaan Sempurna – KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 8:46AM

Razarudin pada sidang media di lokasi di Elmina, malam tadi. - gambar Salwa Farhana Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, di sini, hari ini, ditemukan dalam keadaan sempurna, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata dalam kejadian petang itu di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di sini, kesemua mangsa terdiri daripada dua kru pesawat, enam penumpang, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Katanya, mayat sempurna itu  ditemukan iaitu penunggang motosikal dan identiti mangsa dikenal pasti sementara menunggu proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh ahli keluarga.

“Identiti pemandu kereta belum dikenal pasti, sama ada ia merupakan pemandu Grab dan membawa penumpang ataupun tidak,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun adalah antara nama yang tersenarai dalam manifest penumpang pesawat tersebut pada jam kira-kira 2.50 petang tadi.

Turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Muhammad Taufiq Mohd Zaki; dan Idris Abdol Talib.

Bagaimanapun, Loke berkata identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad