web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Manfaatkan Kepakaran Dalam Industri Halal – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 3:11PM

Industri halal negara perlu dimanfaatkan sepenuhnya berikutan potensi besar dalam ekonomi dunia. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dalam industri halal dimilikinya, yang kini ditagih banyak negara luar, berikutan potensi besar dalam ekonomi dunia yang boleh mencecah trilion ringgit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ketika ini banyak negara luar yang meminta bantuan daripada negara dalam menjayakan industri berkenaan di negara masing-masing, memandangkan Malaysia memiliki badan pensijilan halal bertaraf dunia, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya perkara ini dibuktikan dengan minat dan kesungguhan pemimpin-pemimpin negara luar yang ditemuinya dalam lawatan rasminya sebelum ini yang menyatakan perkara itu kepadanya, termasuk daripada Laos, Vietnam, Kemboja dan China.

“Kita harus manfaatkan supaya gabungan Jakim dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) lebih mantap dan diselaraskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI seta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi di sini hari ini.

Ketika ini, HDC akan membantu syarikat atau produk yang mendapat pengiktirafan sijil halal oleh Jakim untuk mempromosikan barangan ke peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata terdapat beberapa cabaran yang harus ditangani dalam industri halal, antaranya memastikan kecepatan dan efisien dalam pengeluaran sijil halal.

“Mesti betul-betul kita jamin halal kerana kita bertanggungjawab pada Allah SWT dan mesti cepat kelulusannya, jangan guna alasan halal itu untuk melambatkan kelulusan,” katanya.  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek