web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDN Kaji Inisiatif Amanah Saham Rahmah, Bantu Keluarga Miskin Tegar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 12:31PM

Fuziah Salleh. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji untuk mewujudkan inisiatif Amanah Saham Rahmah bagi membantu keluarga miskin tegar di negara ini.

Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata inisiatif tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup sekali gus memberi pendapatan berterusan kepada golongan itu.

Menurutnya, menerusi amanah berkenaan sejumlah wang akan dilaburkan oleh kerajaan di bawah syarikat tertentu dan dividen daripada pelaburan itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan, manakala wang pokok yang dilaburkan itu, tetap milik kerajaan.

“Kita sedang mengkaji mekanisme terbaik untuk melaksanakan Amanah Saham Rahmah dan bagaimana kita boleh meletakkan satu kumpulan wang yang terkumpul untuk kita laburkan di dalam satu akaun.

“Contohnya di bawah Permodalan Nasional Berhad, kerajaan akan meletakkan RM100,000 untuk keluarga itu, tetapi wang pokok itu akan tetap jadi milik kerajaan, manakala dividen diberikan kepada keluarga miskin tegar berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada Program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia, hari ini.  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad