web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih Banyak Rampasan Aset Berkaitan Kes 1MDB - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 12:20PM

Pihak berkuasa akan merampas dan melucut hak lebih banyak aset 1MDB dan dikembalikan kepada kerajaan susulan keterangan bekas peguam syarikat itu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih banyak aset melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dirampas dalam masa terdekat susulan keterangan yang diberikan bekas peguam syarikat berkenaan Jasmine Loo Ai Swan, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata aset-aset yang dirampas itu kemudian akan dilucutkan hak untuk dikembalikan kepada kerajaan melalui proses mahkamah.

“Jasmine Loo yang masih lagi berada di dalam tahanan polis telah memberikan kerjasama yang baik semasa siasatan.

"Beliau masih lagi ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan siasatan kini dijalankan terutamanya membabitkan pengubahan wang haram," katanya selepas melancarkan Madani Ride PDRM dan Ipoh Super Bike Club (ISBC) sempena Hari Polis ke-216 dan Bulan Kemerdekaan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ditanya adakah Loo akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat, Razarudin berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas siasatan selesai.

Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis telah menahan Loo pada 7 Julai bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Loo merupakan bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB, dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB dan didakwa termasuk dalam lingkaran dekat Jho Low.

Bloomberg sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, memburu Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang dan Loo, berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.

Terdahulu, sekumpulan 150 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada PDRM dan ISBC terlibat dalam konvoi selama enam hari ke seluruh semenanjung, termasuk selatan Thailand. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad