web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Pegawai Pengawal, KSU Perlu Hadir Prosiding PAC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 11:57AM

Bekas pegawai pengawal dan KSU perlu hadir ke prosiding PAC untuk memberi penjelasan terhadap isu yang timbul ketika mereka menerajui agensi atau kementerian. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua bekas pegawai pengawal dan Ketua Setiausaha (KSU) perlu hadir ke prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan isu yang timbul semasa mereka menerajui kementerian, jabatan atau agensi kerajaan terlibat.

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ia bagi memastikan jawatankuasa itu dapat menjalankan siasatan yang menyeluruh kerana ketidakhadiran bekas pegawai pengawal serta KSU akan menyebabkan laporan PAC tidak komprehensif.

“PAC mengambil maklum bahawa tempoh perkhidmatan pegawai pengawal dan KSU yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) biasanya melangkaui tempoh perkhidmatan sedia ada, hingga menyebabkan mereka gagal memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang didapati kerana ia berlaku bukan pada tempoh perkhidmatan mereka.

“Justeru, adalah amat penting untuk semua pegawai pengawal dan KSU bertanggungjawab terhadap PAC seperti termaktub dalam Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) dan hadir apabila dipanggil oleh jawatankuasa untuk menghadiri prosiding ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau keengganan bekas pegawai pengawal dan KSU hadir ke prosiding PAC merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (a) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347).

Mas Ermieyati berkata PAC akan menyiarkan kepada umum nama-nama saksi yang enggan hadir dalam prosiding PAC supaya rakyat mengetahui bahawa isu-isu yang disiasat oleh jawatankuasa itu tidak mendapat kerjasama daripada individu-individu berkenaan.

Pada masa yang sama, PAC menuntut Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengambil maklum sekiranya terdapat bekas pegawai pengawal dan KSU yang enggan hadir dalam prosiding jawatankuasa ini.

“Selain itu, PAC juga mahu satu mekanisme perlu diwujudkan kerajaan agar kesemua bekas pegawai pengawal dan KSU yang dipanggil, menghadirkan diri ke prosiding PAC,” katanya.

Mas Ermieyati berkata adalah penting untuk PAC menyediakan laporan yang komprehensif dan telus dengan mengambil kira keterangan dan penjelasan semua pihak berkepentingan dalam isu yang disiasat supaya laporan itu benar-benar seimbang demi kepentingan semua pihak.

Katanya laporan PAC yang komprehensif dan telus juga adalah selaras dengan kehendak ahli Parlimen ketika perbahasan berkenaan LKAN di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mahukan supaya PAC menyiasat dengan lebih terperinci isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad