web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penerbangan MH122 Berpatah Balik : Lelaki Didakwa Selepas Cetus Gangguan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 11:01AM

Lelaki yang menyebabkan penerbangan Malaysia Airlines berpatah balik semalam berdepan pertuduhan membuat kenyataan palsu di Sydney. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SYDNEY - Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa pada Selasa selepas menganggu penerbangan antarabangsa dari Australia ke Malaysia.

Menurut kenyataan dikeluarkan Polis Persekutuan Australia (AFP), lelaki berasal dari Canberra itu berdepan pertuduhan kerana membuat kenyataan palsu mengenai ugutan untuk merosakkan pesawat Divisyen 3 dan gagal mematuhi arahan keselamatan kru kabin, lapor Xinhua.

Jika sabit kesalahan masing-masing boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda melebihi 15,000 dolar Australia (kira-kira AS$9,727).

Lelaki itu dijangka tampil di Mahkamah Tempatan Pusat Downing juga pada Selasa.

Sebuah penerbangan Malaysia Airlines berlepas dari Sydney pada kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan menuju ke Kuala Lumpur pada Isnin tetapi terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada 3.45 petang waktu tempatan.

"Semasa penerbangan, penumpang lelaki itu didakwa mencetuskan gangguan dan mendakwa membawa bahan letupan. AFP menahan lelaki itu tanpa sebarang insiden," menurut polis persekutuan. - BERNAMA-XINHUA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar