Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Usaha Naikkan Sedikit Gaji Penjawat Awam Menerusi Belanjawan MADANI – PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 2:59PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.

“Jadi sementara waktu saya dah bincang dengan Kementerian Kewangan, KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam).

"Saya kata kalau begitu, sementara kajian ditingkatkan saya cuba dalam Belanjawan MADANI bulan Oktober ini, kita cuba naikkan dulu sedikit gaji (penjawat awam), sementara kita buat kajian menyeluruh yang boleh siap tahun depan," katanya semasa berucap di program tinjauan mesra pelancongan dan perasmian Geopark Discovery Centre di sini, hari ini.

Anwar berkata adalah menjadi dasar kerajaan sekiranya ada kemampuan untuk membuat pelarasan semula gaji penjawat awam setiap 10 tahun dan ia sepatutnya telah dilakukan dua tahun lalu.

Namun, Perdana Menteri berkata kerajaan sebelum ini tidak melaksanakan perkara itu malah mesyuarat bagi membincangkan isu itu juga tidak dilakukan.

"Jadi bila kita adakan mesyuarat dan bila saya semak dengan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) saya kata kenapa tidak ada mesyuarat lagi? Dia kata takda. Pada hal gaji penjawat awam ini tiap 10 tahun ikut keupayaan kita, kalau kita boleh naik sikit kena naik sebab inflasi tu naik juga sikit," katanya.

Anwar berkata hasil mesyuarat bersama KSN, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan KPPA perkara itu kemudian telah diteliti semula.

"Kita periksa semula fail, jadi saya selaku Menteri Kewangan kata kena ada keputusan gaji penjawat awam dinaikkan termasuk polis, tentera, penjawat-penjawat awam termasuk staf LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi),” katanya.

Pada 13 Julai lalu, Perdana Menteri memaklumkan skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dengan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat bersama KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali dan KPPA Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Sementara itu, Anwar memaklumkan kerajaan turut bersetuju untuk memberikan elaun seberang laut bagi penjawat awam bertugas di Langkawi seperti yang dinikmati oleh penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung (bayaran insentif wilayah).

“Ada juga cadangan dia kata orang di Pulau Tuba sakit, nak mai (ke Langkawi) macam mana, jadi kita dah order ambulans laut, tapi saya tak setuju lancar sekarang (sebab Pilihan Raya Negeri)," katanya.

Menyentuh mengenai Langkawi, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam usaha menjadikan pulau peranginan itu pesat membangun semua jabatan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu diselaras bagi menjalankan program-program tertentu.

"Makna tiap syarikat kerajaan yang besar, TNB, Khazanah mesti perhati dan ada rancangan untuk mengangkat kedudukan Langkawi untuk menarik pelancong," katanya.

Bagi kakitangan swasta di negara ini pula, Anwar berkata kerajaan sudah di peringkat akhir kajian untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi membantu kenaikan gaji pekerja di sektor itu.

"Bagaimana dengan pekerja lain seperti kakitangan hotel, syarikat dan kilang sedangkan penjawat awam kita naik gaji. Maka saya minta Kementerian Ekonomi siapkan kertas kajian, ada tak negara guna duit kerajaan tolong gaji swasta, rupanya ada. Tidak mudah laksana dalam keadaan ekonomi sekarang tapi susah macam mana pun masalah dihadapi rakyat kena ada perubahan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

Semasa 14 jam yang lalu

Suspek Kes Simbah Asid Pada Faisal Halim Ditahan

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung