web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarawak Tuan Rumah Sambutan Hari Malaysia Kebangsaan 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 5:27PM

Sarawak jadi tuan rumah Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak dipilih menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Perpaduan di sini, pada 16 September ini.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam satu kenyataan memaklumkan sambutan bertemakan “Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” itu bakal dihadiri tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Turut dijangka hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang juga menteri bertanggungjawab bagi sambutan itu, Datuk Julaihi Narawi berkata pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah merupakan satu penghormatan

“Sarawak selalu dirujuk sebagai contoh semangat perpaduan yang begitu baik sekali. Baru-baru ini, slogan ‘Segulai, Sejalai’ dipilih kerana kita sentiasa bersatu padu dan sepakat dalam mempertahankan perpaduan,” katanya dalam kenyataan sama.

Antara persembahan yang bakal diadakan pada hari berkenaan ialah  Persembahan Khas: Musical "Segulai, Sejalai" serta persembahan yang menampilkan tiga wilayah dalam negara iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pada 7 Jun lalu, Anwar berkata frasa bahasa Iban di Sarawak “Segulai Sejalai” yang bermaksud seiring sejalan akan digunakan sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar