Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saya Bukan Orang Buruan, Akan Pulang- Adlan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 5:06PM

Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan menafikan beliau cuba melarikan diri dariapda siasatan. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan menafikan beliau cuba melarikan diri daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan daripada peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu, menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu menyelar kenyataan SPRM Isnin lalu yang menggambarkan beliau sebagai seorang yang melarikan diri ke luar negara.

“Adlan akan pulang ke Malaysia selagi tiada unsur penganiayaan terhadapnya.

“Anak guam kami menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dan berhak untuk tidak dihukum oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Beliau, seperti rakyat Malaysia yang bebas, berhak untuk bergerak dan mengembara termasuk ke luar negara, terutama untuk urusan perniagaan di mana-mana tempat di dunia,” katanya.

Baljit berkata, Adlan bersedia dan sanggup untuk membantu sebarang siasatan dan yakin dengan proses kehakiman.

“Pada masa sama, beliau akan mempertahankan hak dan kebebasannya daripada dirampas tanpa mengikut undang-undang.

“Anak guam kami menyatakan, beliau akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua persoalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan selagi tiada elemen ancaman dan penganiayaan terhadapnya,” katanya.

Pada masa sama, Baljit berkata, anak guamnya tidak pernah ditahan dan dihubungi oleh SPRM untuk mengadakan pertemuan atau untuk membantu sebarang siasatan sebelum beliau ke luar negara.

Adlan berkahwin dengan anak kedua Muhyiddin, Datin Seri Nabilah.

Baljit berkata, Adlan hanya dihubungi oleh seorang pegawai SPRM dan sudah menjawab secara bertulis dalam surat bertarikh 3 Jun 2023.

“Anak guam saya menyatakan dalam surat berkenaan bahawa beliau akan ke luar negara untuk urusan perniagaan dan akan pulang selepas ia selesai. Beliau memberi anggaran tarikh untuk pulang selain menekankan kepada suruhanjaya itu mengenai ada rancangan mencari salah dan tuduhan untuk menjejaskan kedudukannya.

“Sehingga kini anak guam kami tidak menerima sebarang balasan daripada SPRM,” katanya.

Beliau berkata, anak guamnya juga menyatakan dalam surat berkenaan mengenai keabsahan berhubung tindakan SPRM dalam siasatan itu, yang turut mencerminkan beliau sebagai seorang yang diburu melalui kenyataan media dan menyenaraikan namanya dalam notis merah Interpol.

“Anak guam kami juga mendapat tahu bahawa satu larangan perjalanan dikenakan terhadapnya kerana pasportnya telah diklasifikasikan sedemikian oleh Jabatan Imigresen.

“Anak guam kami menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan mengatakan beliau tidak dapat dihubungi dan menekankan bahawa beliau berkomunikasi dengan pegawai siasatan yang terbabit dengan siasatan itu,” katanya.

Baljit berkata anak guamnya disasarkan secara salah, justeru beliau  mengalami kerugian yang tidak dapat diukur dan berada di ambang kebinasaan kewangan.

Beliau berkata, reputasi Adlan rosak teruk dan beliau mengalami penderitaan mental dan trauma.

“Keluarganya terus menerus menderita. Anak guam saya bukan seorang ahli politik dan terkejut dengan sebarang cubaan untuk menggunakannya sebagai alat bagi mendapat kelebihan politik daripada sesiapa saja.

“Siaran media memohon bantuan untuk mencari beliau adalah tidak perlu dan cubaan untuk menghina dan memalukan anak guam kami.

“Anak guam kami juga terkejut kerana Perdana Menteri dilihat sedia mengulas mengenai isu ini, mencerminkan terdapat beberapa plot yang sedang dimainkan,” katanya.

Beliau juga berkata, Adlan tidak teragak-agak memulakan tindakan yang perlu untuk melindungi, memelihara dan membela haknya seperti yang termaktub dalam perlembagaan. - Getaran, 9 Ogos 2023

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Sukan 5 jam yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Semasa 23 jam yang lalu

Pesawat Ringan Terhempas, 2 Terselamat

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik