web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Selangor Periksa 997 Premis Terlibat PRN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 3:34PM

Dewan Dato Ahmad Razali di Ampang antara 997 premis dan bangunan digunakan pada PRN Selangor Sabtu ini yang diperiksa secara berterusan oleh JBPM. - gambar JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 997 premis dan bangunan di Selangor yang digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) diperiksa secara berterusan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat.

Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pemeriksaan itu telah dilaksanakan sebelum hari penamaan calon pada 29 Julai lepas hingga tamat urusan majlis pelantikan menteri besar dan pembentukan kerajaan negeri di bangunan terbabit.

Beliau berkata sepanjang tempoh PRN ini, JBPM Selangor sentiasa meletakkan balai dalam kesiapsiagaan tinggi dan memastikan pasukan bersedia menghadapi sebarang insiden.

"Kami juga menjalankan kajian di semua pusat mengundi, seterusnya melaksanakan tindakan prainsiden kebakaran dan mengambil langkah tambahan yang wajar bagi memastikan perlindungan keselamatan kebakaran di kawasan jagaan dalam keadaan optimun.

"Selain itu, dari sudut pencegahan kebakaran di premis terbabit PRN yang kebanyakannya sekolah, kita akan memastikan akses laluan keluar dan masuk jentera tidak terhalang serta tiada objek di kawasan tangga keselamatan jika berlaku sebarang kecemasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat JBPM Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Pandan Indah di sini hari ini.

Wan Md Razali berkata pemeriksaan keselamatan melibatkan dua aspek iaitu sistem pasif yang melibatkan pemeriksaan struktur bangunan atau premis seperti laluan masuk ke lokasi tiada sebarang halangan atau sekatan, laluan atau ruang tangga di dalam bangunan selamat, dan  sistem aktif seperti salur bantu mula (hose reel) serta alat pemadam api disediakan di premis terbabit.

Beliau berkata setakat ini semua premis berkenaan berada dalam keadaan baik dan pemeriksaan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Selain Selangor, PRN turut membabitkan Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang dengan pengundian ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada  Sabtu ini. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar