web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rebat RM10 Untuk Penjawat Awam, Tawar Pakej 5G Rahmah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 4:53PM

Pakej 5G RAHMAH mulai 31 Ogos ini. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Penjawat awam akan menikmati rebat RM10 sebulan bagi langganan pakej postpaid masing-masing menerusi Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam berkuat kuasa 31 Ogos ini.

"Ia terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sedia ada," umum Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini.

"Ini bermakna, penjawat awam mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120 setahun," katanya sambil menambah insentif itu adalah sebagai menghargai penjawat awam.

Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia juga menawarkan Pakej 5G RAHMAH bermula 31 Ogos ini.

Beliau berkata Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G ditawarkan serendah RM240 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.

“Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Bagi golongan B40 pula, beliau berkata sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH pada harga telefon pintar serendah RM120.

Fahmi berkata Pakej 5G Rahmah akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos ini dengan kontrak langganan selama 24 bulan.

“Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini,” katanya, serta menambah Pakej 5G RAHMAH dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam adalah pakej perkhidmatan Internet yang lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran.

Fahmi berkata Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat Internet berkualiti pada harga berpatutan.

Semalam, Fahmi berkata kerajaan akan mengumumkan pakej talian pascabayar khusus untuk penjawat awam ekoran rungutan yang diterima daripada petugas barisan hadapan di lapangan berkaitan harga langganan talian pascabayar ketika ini.

Pada 31 Julai lepas, Fahmi dilaporkan berkata harga Internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diguna pakai.

Pada 11 Julai lepas, MCMC berkata pengurangan harga runcit bagi perkhidmatan jalur lebar tetap berdasarkan MSAP hanya boleh dilaksanakan selepas perjanjian akses dimeterai antara pembekal perkhidmatan.

MCMC memaklumkan buat masa ini, kebanyakan pembekal akses telah atau sedang dalam proses penerbitan Tawaran Akses Rujukan (RAO). - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek