web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Sentiasa Pertahankan Institusi Kehakiman Syariah – Menteri Agama

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 4:34PM

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kerajaan akan sentiasa mempertahan serta menambah baik institusi kehakiman syariah di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sentiasa bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa agama Islam negeri, termasuk institusi perundangan dan kehakiman syariah negeri yang terletak secara mutlak di bawah Sultan dan Raja Pemerintah setiap negeri.

Katanya Jabatan itu juga telah merangka agenda memperkasa institusi mahkamah syariah melalui Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah, yang telah diperakukan sebagai sebuah Jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Justeru, penting untuk umat Islam di Malaysia mengetahui bahawa, menjadi keutamaan saya sejak dari dahulu ketika menjadi Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), untuk meletakkan kehakiman syariah di tempat yang tinggi dan terhormat.

“Apatah lagi kini saya selaku Menteri Hal Ehwal Agama, tentulah ia terus menjadi agenda utama dalam pentadbiran saya,” katanya menerusi kenyataan mengenai kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata sebarang komentar mengenai kes berkenaan, diklasifikasikan sebagai sub-judice kerana ia masih di peringkat prosiding di Mahkamah Persekutuan.

Beliau juga menyeru semua pihak, khususnya pihak berkuasa agama Islam negeri, badan-badan berkanun berkaitan agama Islam dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepentingan terhadap agama Islam, untuk terlibat sama ada sebagai pencelah, peguam pemerhati atau sahabat mahkamah pada prosiding kes itu.

“Usaha bagi memartabatkan undang-undang syariah, merupakan tanggungjawab bersama semua pihak,” katanya.

Mohd Na’im berkata Badan Perundangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kesalahan jenayah syariah, bagi kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pelanggaran Rukun Islam di bawah peruntukan Jadual Kesembilan, Senarai Dua, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata peruntukan tersebut juga telah diperkenan oleh Sultan dan Raja Pemerintah di setiap negeri sebelum dikuatkuasakan.

Menurut kenyataan JKSM minggu lepas, kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan melibatkan cabaran kepada kuasa Badan Perundangan Negeri untuk menggubal peruntukan undang-undang syariah di bawah Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran