web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Tekad Hentikan Amalan Rasuah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 4:05PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk menghentikan amalan rasuah dan penyelewengan, yang menurutnya bagaikan sudah jadi sistemik sehingga membobrok tadbir urus kerajaan.

Beliau berkata Malaysia ini kaya dengan hasil minyak dan gas, kelapa sawit serta hasil bumi, tetapi amalan itu (rasuah) macam sudah jadi sistemik ketika pentadbiran kerajaan lama.

Katanya pentadbiran kerajaan sebelum ini banyak melibatkan permintaan ‘komisen’.

“Saya kalau dimaki sebanyak mana pun saya tidak peduli, saya nak hentikan amalan-amalan itu… kalau saya izinkan (rasuah) sampai bila negara kita ini nak maju,” katanya dalam ucapan perasmian Himpunan Usahawan Bumiputera bertema Usahawan MADANI, Membangun Ekonomi, di sini hari ini.

Beliau berkata amalan itu kekal sebelum ini kerana tiada sesiapa berani sentuh pemimpin yang berjawatan tinggi.

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan bertekad untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara, meliputi semua lapisan masyarakat pada tahun ini.

Beliau berkata rekod sekarang negara masih mempunyai kira-kira 136,000 keluarga dalam golongan miskin tegar.

“Saudara rasa saya boleh senang-lenang menjadi PM pada ketika rakyat ada yang nak beli susu pun tiada wang, beli uniform sekolah pun tidak boleh… kita (ahli politik) gaduh soal yang lain dan rebut bidang kuasa.

“Hal-hal asas tidak boleh selesaikan, jadi saya kata.. katalah apa pun, maki lah banyak mana berbakul pun…saya tidak akan bertolak ansur nak noktah kemiskinan (tegar) tahun ini juga,” katanya.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana negeri ini merupakan satu-satu negeri yang mempunyai rekod jumlah kemiskinan tegar yang paling rendah di seluruh negara.

Terdahulu kira-kira 1,000 usahawan bumiputera dan 40 agensi kerajaan persekutuan, serta negeri telah menyertai Majlis Himpunan Usahawan Bumiputera yang diadakan di Bertam Resort. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad