web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penglibatan Penggiat Seni Pelbagaikan Advokasi Penyusuan Susu Ibu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 1:40PM

Dr Zaliha Mustafa. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Penglibatan penggiat seni dalam mempelbagaikan kaedah advokasi dan hebahan penyusuan susu ibu dapat mengupayakan dan memperkasakan amalan itu di Malaysia.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ini kerana hasil karya penggiat seni seperti aktivis teater, penulis lagu dan lirik mempunyai daya tarikan tersendiri dan boleh mempengaruhi seluruh masyarakat mengenai kepentingan susu ibu kepada tumbesaran bayi.

“Pada tahun ini, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin meluaskan usaha mempromosikan susu ibu dengan melibatkan pemegang taruh daripada bidang seni di Malaysia.

“Pendekatan ini memberi kelainan kepada kaedah advokasi yang selama ini dilaksanakan selain menggalakkan penglibatan pelbagai pihak,” katanya ketika berucap secara maya dalam program sambutan Embracing Breastfeeding Through Arts hari ini.

Beliau berkata melalui pendekatan ini juga dapat mencungkil bakat penggiat seni tempatan dalam mengolah amalan penyusuan susu ibu di Malaysia.

Dr Zaliha berkata Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut kali ini adalah bertemakan ‘Mengupayakan Penyusuan Susu Ibu: Perubahan Bermakna kepada Ibu Bapa Berkerjaya’ dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2022 menunjukkan 94.9 peratus ibu di Malaysia pernah menyusukan bayi dengan susu ibu.

Katanya, tinjauan yang sama juga menunjukkan seorang daripada dua kanak-kanak bawah umur dua tahun masih menyusu dengan susu ibu.

“Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia pada 2016 juga menunjukkan peratusan ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif sehingga bayi berumur enam bulan adalah sebanyak 47.1 peratus, kenaikan hampir empat kali ganda berbanding 2006 iaitu 14.4 peratus dan data ini menunjukkan kenaikan setiap tahun.

“Ini menunjukkan bahawa telah wujud kesedaran dalam kalangan ibu bapa bahawa penyusuan susu ibu amatlah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan anak-anak mereka, bagaimanapun ia (data) masih jauh daripada sasaran global dan nasional iaitu 70 peratus,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad