web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tiga Angka, Sabah Percepat Larangan Rentas Daerah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2021 12:27PM

Masidi Manjun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sekatan rentas daerah di Sabah diawalkan kepada Isnin depan berbanding 27 Mei seperti yang diumumkan kerajaan negeri sebelum ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, ia susulan daripada kes positif COVID-19 yang mencatatkan jumlah tiga angka sejak tiga hari lalu.

"Berdasarkan statistik sebanyak 160 kes direkodkan berlaku pada 19 Mei, 245  semalam (kelmarin) dan 144  hari ini (semalam).

"Justeru, Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk mempercepatkan perlaksanaan sekatan rentas daerah bagi mengawal pergerakan dan jangkitan antara daerah kategori merah dan jingga dengan daerah zon hijau serta kuning," katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, peraturan itu tertakhluk ke atas semua daerah di Sabah kecuali Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang diletakkan di bawah satu daerah.

Sebelum ini, Sabah yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan rentas daerah mengikut zon, kecuali pada 12 hingga 16 Mei lalu.

Kerajaan Negeri kemudian memutuskan tidak membenarkan pergerakan rentas daerah sekali lagi bermula 27 Mei ini iaitu ketika hampir tiba kemuncak sambutan Hari Kaamatan, sebelum ia dipercepatkan kepada 24 Mei hingga 7 Jun depan.

Sehingga semalam, sebanyak sembilan daerah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Kalabakan, Kota Kinabalu, Tawau, Kunak, Penampang, Sandakan, Lahad Datu, Papar dan Semporna, manakala Putatan dan Kinabatangan diletakkan sebagai zon jingga.

Tuaran, Kota Belud, Kuala Penyu, Beaufort, Kudat, Keningau, Kota Marudu, Ranau dan Tenom berada dalam zon kuning serta tujuh daerah lain iaitu Sipitang, Nabawan, Tambunan, Pitas, Beluran, Telupid dan Tongod dalam zon hijau selepas tiada kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku.

Dalam pada itu, Masidi menjelaskan sebanyak 144 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan di Sabah, semalam, namun, tiada kluster baharu direkodkan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Kampung Pagar Sungai Imam bermula 23 Mei (esok) sehingga 5 Jun depan berdasarkan penilaian risiko dilakukan selepas 24 daripada 35 ujian saringan COVID-19 di kampung tersebut disahkan positif.

"Perlaksanaan PKPD ini bagi membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes, selain memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti luar," katanya. - Getaran,  22 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar