web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan tahunan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 6:19PM

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata perkara itu turut diutarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari ini, susulan mengambil ikhtibar pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lepas.

“Contohnya baru ni apa yang berlaku kepada Allahyarham (Salahuddin), kita memperingatkan kepada semua Ahli Parlimen untuk menjaga kesihatan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam 23 Julai, setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata KKM akan melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada semua kakitangannya tahun ini, untuk memastikan mereka dilindungi daripada jangkitan virus itu.

“Kita tengah menunggu untuk pembelian influenza vaksin,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad