web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Penambahbaikan 38 Klinik Daif Di Kelantan Dijangka Siap Oktober

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 3:22PM

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -- Kerja-kerja penambahbaikan 38 klinik kesihatan dan klinik desa daif di negeri ini dengan peruntukan berjumlah RM9.3 juta daripada kerajaan pusat dijangka siap sepenuhnya pada Oktober nanti.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata hampir sebahagian daripada klinik daif telah siap dibaiki dan digunakan oleh rakyat.

"Cuma ada sebahagian lagi dalam proses pembaikan yang kebanyakannya melibatkan kerosakan bumbung dan penukaran bangunan kayu kepada binaan simen selain pendawaian elektrik.

"Klinik-klinik daif ini telah lama dibina. Jadi banyak kerja penambahbaikan perlu dilakukan, namun kita jangka ia siap sepenuhnya Oktober depan," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Saintifik Pemakanan Bayi dan Kanak-Kanak ke-3 di sini hari ini.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) itu dijalankan bagi membincangkan kepentingan susu ibu kepada tumbesaran kanak-kanak.

"Terdapat 108 klinik kesihatan dan 132 klinik desa yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zaini berkata lima klinik desa yang dinaik taraf kepada klinik kesihatan jenis tujuh yang mula dibina pada 2020 berjaya disiapkan dua bulan lepas dan telah beroperasi sepenuhnya pada Julai.

Menurutnya, klinik berkenaan ialah Klinik Kesihatan (KK) Mata Ayer dan KK Kerilla (Machang), KK Karangan dan KK Peria (Kuala Krai) serta KK Sokor di Tanah Merah.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata peruntukan naik taraf bagi kelima-lima klinik desa itu telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dengan kos keseluruhan berjumlah RM32.05 juta. -- BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad