web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Besar Terbabit Isu Nadir Bumi Disiasat SPRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 10:02PM

Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(A) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan seorang Menteri Besar dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) yang dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Sumber SPRM memaklumkan isu ini telah dilaporkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Gerakan Anti-Sanusi (GAS) pada Mac lepas dan penduduk di kawasan Bukit Enggang Sik di mana kerja-kerja perlombongan haram dilakukan secara besar-besaran sebelum ditumpaskan oleh pihak berkuasa.

“Pada Januari 2023, UMNO Kedah juga pernah menggesa SPRM untuk menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan sama ada terdapat campur tangan politik dalam isu kecurian REE yang mendatangkan kerugian besar kepada negara.

“Beberapa individu telah tampil dan membuat aduan rasmi kepada SPRM baru-baru ini bagi menyiasat isu salah guna kuasa dan rasuah melibatkan seorang Menteri Besar hasil daripada satu surat tular berkaitan permohonan kuota pekerja asing kepada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya bagi projek usaha sama antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat tempatan dan syarikat dari China," katanya. 

Difahamkan SPRM Kedah pernah membuka kertas siasatan berhubung isu itu pada awal 2023 dan telah memanggil beberapa saksi namun perkembangan terkininya tidak diketahui.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(A) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009. 

Ini termasuk kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM Kedah pada Mac 2023 namun beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada pihaknya akan memanggil Menteri Besar terbabit dalam masa terdekat. -- BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad