web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Penjara Sehari Denda RM2.5 Juta Bekas CEO Transmile

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 9:00AM

Gan didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan kenyataan mengelirukan dengan niat untuk memperdaya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan hukuman dua tahun penjara terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Transmile Gan Boon Aun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi kerana mengemukakan penyata kewangan mengelirukan mengenai syarikat itu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) . 

Sebaliknya, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M. Gunalan dan Datuk Azman Abdullah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2.5 juta.

Mahkamah membenarkan rayuan Gan untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 27 Ogos 2020 itu.

Hadhariah yang menyampaikan keputusan mahkamah itu, memerintahkan keputusan Mahkamah Tinggi menaikkan hukuman penjara terhadap Gan sebagai batal dan tak sah kerana ia bercanggah dengan Seksyen 314  Kanun Tatacara Jenayah. 

Beliau berkata kedua-dua notis rayuan dan notis pendengaran tidak diserahkan terus kepada Gan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 314.  

Beliau juga berkata tiada merit dalam hujahan Suruhanjaya Sekuriti yang menyatakan peguam mewakili Gan tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. 

Suruhanjaya Sekuriti berhujah notis rayuan yang difailkan peguam Gan tidak mengikut prosedur kerana beliau menerima arahan daripada anak perempuan Gan untuk memfailkan notis rayuan sedangkan arahan perlu datang daripada Gan sendiri. 

Peguam Gan,  Guok Ngek Seong mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan itu ketika dihubungi Bernama.

Gan meninggalkan Malaysia sebelum pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya  yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen dan rayuan silang terhadap hukumannya yang dibawa oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Beliau sudah menjalani hukuman penjara sehari dan membayar denda yang dikenakan kepadanya.

Pada 25 Jan tahun lepas Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Suruhanjaya Sekuriti dan menambah hukuman penjara Gan daripada sehari kepada 24 bulan.

Gan didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan kenyataan mengelirukan dengan niat untuk memperdaya berkaitan perolehan Transmile dalam Laporan Suku Tahunan Belum Diaudit bagi tahun berakhir 31 Dis, 2006.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 122B (a) (bb) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) 1983 (Akta 280) yang dibaca bersama dengan Seksyen 122 (1) akta yang sama.

Datuk V. Sithambaram dan Guok mewakili Gan pada prosiding hari ini sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti  Mohd Hafiz Mohd Yusoff. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Dadah: Mahkamah Tolak Rayuan Bekas Penghantar Barang, Hukuman 20 Sebatan Kekal

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar