web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Beri Keutamaan Naik Taraf Klinik Kesihatan Dan Sekolah Daif

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 8:41PM

Anwar Ibrahim berkata kerajaan menumpukan usaha menyelesaikan segera isu kemudahan kesihatan dan sekolah daif di seluruh negara demi menjamin kebajikan rakyat dalam memenuhi keperluan pendidikan dan kesihatan mereka - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan Perpaduan memberikan keutamaan terhadap usaha menaik taraf klinik kesihatan serta sekolah daif di negara ini dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan kesihatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menumpukan usaha menyelesaikan segera isu kemudahan kesihatan dan sekolah daif di seluruh negara demi menjamin kebajikan rakyat dalam memenuhi keperluan pendidikan dan kesihatan mereka.

"Tahun ini juga, nah.. (peruntukan kerajaan) RM1.4 bilion selesaikan semua (baiki tandas, bumbung dan dinding sekolah daif) yang mana JKR (Jabatan Kerja Raya) buat, PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) buat… tetapi jangan bagi tahu saya tak boleh baiki tandas di semua sekolah di negara kita termasuk di negeri Kedah.

"Di (daerah) Kubang Pasu kalau ada sekolah  tandas yang tak dibaiki, perlukan peruntukan lagi, bagi tahu pejabat daerah dan pejabat daerah boleh hubungi saya, tak cukup (peruntukan) kita tambah dan selesaikan masalah tandas di sekolah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesranya bersama warga masyarakat daerah Kubang Pasu di tapak pembinaan Masjid Changlun baharu kira-kira 40km dari sini hari ini.

Anwar berkata di Kedah, kerajaan memperuntukkan RM10.1 juta untuk pembaikan 40 klinik kesihatan dan enam sekolah daif daripada jumlah keseluruhan peruntukan Rolling Plan (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di negeri itu.

"Di daerah Kubang Pasu, kerajaan memperuntukkan RM1.25 juta bagi kerja pembaikan empat klinik dan RM300,000 lagi peruntukan bagi pembaikan sebuah sekolah daif," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya yang Kerajaan Perpaduan yakin dapat menoktahkan kemiskinan tegar dengan membantu 130,000 ketua isi rumah (KIR) keluar daripada permasalahan itu pada tahun ini.

"Saya kata noktahkan kemiskinan tegar, nak hapuskan kemiskinan ambil masa, tetapi kemiskinan tegar ini makna kata susu anak tidak ada, pakaian tidak cukup, nak hantar anak pergi sekolah tidak ada duit, suruh anak berhenti (sekolah) sebab tak cukup makan.

"...noktahkan kemiskinan tegar 130,000 keluarga...sebab itu bila saya di Parlimen ada orang bantah, 'mana boleh buat, cakap saja', tak apa saya kata Insya-Allah, sebelum akhir tahun ini 130,000 ini mesti kita bantu dengan segala jentera yang ada," katanya.

Anwar berkata di daerah Kubang Pasu terdapat sejumlah 1,589 KIR yang berada dalam kategori miskin tegar dan beliau telah meminta agensi Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak menyelesaikan isu itu.

"(Selain itu), untuk (projek) bekalan air luar bandar di daerah Kubang Pasu, peruntukan kerajaan RM28 juta diluluskan untuk manfaat penduduk," katanya.

Mengenai pembinaan Masjid Changlun yang baharu itu, Perdana Menteri berkata projek itu pada asalnya diluluskan pada 2017 dengan jumlah peruntukan RM3.5 juta, namun pelaksanaan projek mengalami kelewatan kemajuan fizikal atas beberapa faktor sehingga perlu dibuat penamatan kontrak. 

Anwar berkata atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan, beliau mendapati masjid itu perlu disiapkan dengan segera bagi memberi manfaat kepada kariah setempat.

April lepas, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan projek pembinaan masjid itu dengan peruntukan tambahan RM3.07 juta yang menjadikan keseluruhan kos pembinaan Masjid Changlun berjumlah RM5.77 juta.

Pada majlis ramah mesra itu, Anwar juga menyerahkan replika cek peruntukan tambahan RM3.07 juta untuk projek pembinaan Masjid Changlun yang baharu itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam